BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

SESEKALI KETIKA RUMAHTANGGA DIDUGA

"Hello, Asalamualaikum...apakhabar Ma" ayat pertama yang keluar daripada mulutku tak kala memulakan biacara dengan ibuku menerusi talipon. Ma adalah panggilan kami adik beradik kepada ibuku. "Baik, Da macamana sihat? Ibuku bertanya kembali. Pagi jam 8:30 lebihkurang aku menalipon ibuku pada 9 hb untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan mengucapkan terima kasih di atas perhatiannya selama ini hinggalah aku menjadi "Aku" hari ini. "Ma... oghre nak ucap ke Selamat Hari Ibu, Moga Ma sihat, panjang umur, murah rezeki, oghre jugak nak mintak maaf jika ada salah dan silap selama ini" ucapku pada pagi itu sambil menahan air mata. "Ma.. pun.. sama... terima.. kasihlah ingatkan ma..." tersekat-sekat ibuku menyambut ucapan mungkin dia juga sedang mengawal emosi. Pagi itu aku merasa lega. Terima kasih Hari Ibu.. Jika tiadanya Sambutan Hari Ibu ini mungkin aku hanya menunggu hari raya untuk memohon maaf, seikhas ini. Aku bukan menyanjungi Hari Ibu yang datang daripada Barat ini tetapi...dengan ada hari ibu ini memberi peluang kepadaku menyatakan perhatinku terhadap ibu....itu saja. kerana bukan budaya kita untuk menyatakan CINTA, SAYANG kepada ibu atau ayah. "Ma dok wat gapo?" tanyaku meneruskan perbualan. "Nak gi bank, ambik duit sikit..." Jawab ibuku. "Gi dengan sapa? "tanyaku bagai polis pencen. "Dengan Fai..?" jawab ibuku ringkas. "Ooo tak po lah kalu gitulah..
Aku menulis hari ini bukan kerana peringatan hari ibu ini... tetapi tentang perbualan ku dengan ibu... tentang perselisihan adik lelakiku dengan isterinya pagi tadi. Aku jadi kelu..kenapa tahun 2010 aku asyik mendengar cerita tentang perselisihan suami isteri. Ada bertahan. Ada berjaya. Ada kecundang...berpisah akhirnya. Aku menasihatinya supaya bersabar dengan dugaan rumah tangga ...jangan ikutkan hati...jangan cepat mulut apa lagi tangan...lagipun kau baru melayari bahtera rumah tangga. 5 tahun bukannya lama. baru sekali melayari fasa perkenalan sebenar, persefahaman, mengenali pasangan....paling penting SABAR. Kerana kita dipertemukan dengan pasangan hidup adalah saling melengkapi antara satu sama lain, bagai jejari tangan bertaut dengan pasangan kita. Nah! melengkapikan. Alahamdulillah, akhirnya adik lelakiku berjaya mengawal rumah tangganya daripada terus bergoncang. Tahniah! kepada adik lelakiku, jika isteri yang merajuk, kita suami kekadang rendahkan ego. Pujuk. Beralah bukan bermaknanya kalah tetapi wahai adik lelakiku, kau sebenarnya menang. Menang berjuang dengan musuh rumah tangga yang amat seronok sekali jika lebur. Bercerai! Syaitan! ya ia makhluk Allah yang amat gembira jika rumah tanggamu hancur! kerana bila hancur inilah peluang untuknya memasuki ke ruang hatimu. Untuk jalan maksiat!

Sebenarnya aku tidak pelik dengan kisah pergaduhan suami isteri dalam behtera rumah tangga. Aku sendiri entah ke berapa kali perang dengan suami. Perang sabil! perang dingin! perang beku!macam-macam perang lagi.

Dalam percarian hidup berumah tangga aku menjumpai satu ungkapan yang pernah suamiku perkatakan kepadaku satu ketika dulu. "Papa,betul ke semua suami ada cita-cita nak kahwin lebih?"aku bertanya soalan cepumasa pada suami. "Kahwin lebih ataupun tidak yang penting..kita isteri perlu melayan suami dengan baik...jika kita sudah lakukan yang terbaik untuk suami dan rumah tangga...maka jika suami kahwin jugak itu takdir namanya.."suami menjawab soalanku dengan panjang lebih. (Tetapi sebenarnya penuh makna yang tersirat yang belum dimengertikan oleh aku yang bergelar isteri). Aku terdiam.Didalam hati bermonolog sendirian eleh...isteri aje ke kena layan suami dengan baik bagaimana pula suami?

Tetapi hari ini aku membenarkan kata-kata itu dan cuba ku mengertikan dengan sebaik-baiknya.Ya..ada benarnya kenapa kita hanya asyik menanyakan pasangan kita...mempersoalkan tentang apa kebaikkan yang dilakukan pada kita...apa layanan terbaik yang dilakukan pada kita....sama kita sebagai isteri atau suami...tetapi kita lupa bertanya diri sendiri apakah yang telah yang telah kita laksanakan pada pasangan....adakah layanan kita sudah cukup bagus...itu sepatutnya yang kita tanya pada diri...bukan mencari-cari atau menghitung-hitung tentang kekurangan pasangan kita...kerana kita juga ada kekurangan di mata pasangan kita. Redhalah dengan perkahwinan dan pasangan yang anda miliki hari ini.Hargailah mereka.Cintai pasangan anda kerana dia sudah tentu milik anda dan ketentuan Allah anda berkahwin dengan pasangan anda. Kepada sahabat-sahabat dan adik-adikku....belajarlah syukur...bersyukur kerana anda ada pasangan hidup..sedangkan ada dikalangan anda yang menrindui pasangan hidup malangnya tidak diketemui....redhalah dengan pasangan anda....kerana jika anda merasa anda sebenarnya seorang yang baik sedangan pasangan anda tidak seperti anda...ketahuilah mungkin anda dipilih oleh Allah untuk memperbaiki pasangan hidup anda...berdoalah.Doa boleh merubah nasib seseorang....

0 comments: