BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 9, 2010

the baseball thematic unit movie

Sunday, October 24, 2010

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? ... mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Bertuahnya Aku....anak mak....

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)



Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil....
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak



Saturday, July 31, 2010

TAFSIR USANG PENINGGALAN MERTUA

Hari ini….

Sambil membelek-belek buku-buku..

Di pustaka kecil

Teratak malinja..

Terpandang aku pada kitab usang

Ku ambil dan ku teliti…

Rupa-rupanya ianya adalah sebuah kitab tafsir

Peninggalan arwah bapa mertua…

Telah usang….

Namun masih terukir tulisan beliau

Tanda ianya adalah sahabat sejatinya sewaktu hidupnya


Ku terharu melihat ia dibiarkan begitu sahaja…

Lantas ku biarkan al-quranku…

Kuambil tafsir peninggalan beliau…teman beliau dulu..

Seorang lelaki yang warak ku kira…

Sayang peninggalan beliau ku fikir untuk dibiarkan


Tanpa membuang masa

Ku lengkapkan wudhuku…

Membaca ayat-ayatMu

Memahami kalimah-kalaimahMu…

Melalui tafsir peninggalan arwah…

Sungguh menyayat hati…dan menusuk kejiwa…..

Mungkin kerna keikhlasan beliau…

Seorang lelaki beriman…..

Meninggalkan sebuah tafsir usang…..

Namun sebenarnya penuh pengertian…….

Khazanah untuk anak cucu……


Lantas ku berazam …..

akan menjadikan tafsir usang peninggalan mertua

dikala ingin ku baca ayat-ayatMu……

Tafsir usang adalah temanmu….

Kini akan ku jadikan ianya temanku……

Moga ketika akau membaca kalimah-kalimah Allah ini….

Dengan tafsir usang peninggalanmu…..

Pahalamu akan berlanjutan…….ilmu yang bermanfaat….

harta yang bermanfaat yang telah engkau tinggalkan

untuk anak-cucunu………amin

Berkatilah arwah….al-fatihah


Nukilan: Rusleda Awang……1 ogos….2010

Tuesday, July 6, 2010

aKU INGIN berdoa lagi...di REJAB ini....

"Ya Allah...Ya-Rahman Ya Rahim....Dengan sifat Maha Pengasih n Maha PenyayangMu, aku bermohon dgn kedua belah tangan yg cuma pinjamanMu ini,,, diriku yang HINA lagi KERDIL...yang sentiasa ALPA n LUPA tentang kontrak diriku dgn MU...saat petama kali aku ditiupkan roh ke dalam jasadku....saat pertama kali aku dilahirkan....menanggis....aku.... kerana bimbang diri ini alpa....terbukti sekali aku memang banyak ALPA....alpa tentang hakikat kejadian diri....sehingga kekadang lupa tanggungjawab.....tanggungjawab sebenar yang harus aku pikul.....aku bermohon Ya Allah semoga disekelilingku adalah insan-insan yang sentiasa mendampingi ku adalah insan-insan yang sentiasa mengingati....agar aku tidak ALPA.... Ya Wahab....berikan aku sekeping hati yang sering kali rindu kepada MU.....Ya Allah jadikan aku di kalangan mereka yang sedikit....kerana sedikit sekali mereka yang beriman...sedikit sekali mereka yang bersyukur...sedikit sekali mereka tidak berputus asa....sedikit sekali mereka yang mengingati mati.....sedikit sekali mereka yang penyayang......sedikit sekali mereka yang redha.....sedikit sekali mereka yang menasihati....sedikit sekali mereka yang beribadat kerana MU dan sedikit sekali mereka yang mengingati MU.....dalam tidur maupun jaga.....bimbang sekali Ya Rahman sedikit sekali mereka yang masuk JANNAH Mu......Maka aku bermohon dengan sifat Ar-Rahman n Ar-Rahim MU masukkan aku di kalangan yang sedikit itu.....walaupun aku tidak layak utk syurgaMu....tetapi tersangat bimbang aku ke nerakaMU.....Amin Ya-Rabi Alamin"

AKU SUKA HATI YANG BERSIH

Aku suka hati yg bersih,
apabila berbicara dia jujur
apabila membantu dia ikhlas
apabila difitnah dia kuat
apabila diuji dia tabah
apabila datangnya musibah dia bersyukur
apabila dikhianati dia redha
apabila dibenci dia mencari kesalahan diri

Aku suka hati yg bersih,
tidak menghina kerna menjaga aibnya orang lain
tidak meminta kerna sedar perbuatan itu hina
Bila terleka dia insaf
tidak menyakiti bimbang org lain menanggis
tidak membenci bimbangnya org lain sugul
apabila dipuji dia malu kerna sedarnya keistemewaanpemberian Allah
apabila dikasihi dia tawaduk

Sungguh! Hati itu
anugerah terindah
dr Ar-Rahman
pd makhluk yg brnama manusia.
Bagi insan hina seperti aku
yg bnyk jahil dr 'arif
yg bnyk leka dr peka
hanya satu pintaku ya Allah,

"Aku mengharap adanya hari esok untukku,
moga ku miliki hati yg bersih ini".AMIN

DIEDIT DRP SAJAK SEORANG YG BERGELAR ANAK. SAMA-SAMA HAYATI

Friday, July 2, 2010

PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Wanita & Lelaki & BOLA!!!

Salam!!
Kali nie Bella nak cite psl wanita & lelaki dlm FIFA ...
Korang prsan x cara laki2 pandang tentang bola & cara wanita berbeza?
Wanita:
*memandang pada kecantikan jersi pemain...
*memandang pada ke henseman pemain...
*memandang pada kebersihan padang...
*memandang pada kecantikan padang...
*memandang pada bilangan gol...
^_^.... sesetengah wanita jer yg pandang gitu...
Lelaki:
*sudah tentulah pandang pada cara pemain golkan bola
*memandang pada kelicikan pemain
*memandang pada bilangan gol
^___^ Bnyak lagi la kot...

GUD NEWS 4 Portugal fans!! Portugal 7-0 Korea... Ronaldo scored the on the 6th goal... And this goal was his 1st 4 the last 2 years(Kot...?)
I'm not a Football fan...
BUT I know Ronaldo is kinda urm....hensem...
I don't know about u guyz but I actually think that Messi is cute...(I have a Bad tast*KOT?)
OK!!!
All I know both of us will pandang pada bilangan gol...

MY FAV PLAYER:
MESSI(Argentina)!!
RONALDO(Portugal)
DAVID (short name)..(ex England)
FRANK LAMPARD( England)
KAKA(Brazil)

Dipetik daripada blog anakku EinanNabella yang kreatif, kekadang terfikir betul jgk pandangan beliau. Itulah perbezaan antara kacamata lelaki dan wanita tergadap sesuatu perkara. Untuk melihat perbezaan antara lelaki dan perempuan bacalah dialog di bawah:

Seseorang suami isteri mendapat jemputan kahwin. Si isteri tidak berkesempatan untuk menghadiri kenduri tersebut sebab terpaksa menghadiri kenduri lain yang sama tarikhnya.

Bila masing-masing balik rumah si isteri sibuk bercerita tentang majlis kahwin. Ramainya jemputan yang datang, tema perkehemahan, si pengantin pakai baju apa, khemah warna apa, makanan sedap ke tidak dan macam-macam lagi tentang kenduri kahwin yang dihadirinya.

Melihat suaminya tidak bercerita langsung tentang majlis perkahwinan yg dihadirinya maka si isteri bertanya: "Ha...bang macamana majlis kenduri yang abang pergi? Si suami menjawab "ok" . Si isteri bertanya lagi " ok macamana bang?. "ok ramai yg dtg" jawab si suami ringkas. " Eh! abang ni saya nak tak kan ok je....apa warna tema diorang, pengantin pakai baju warna apa, khemahnya warna apa, ayah n ibu pengantin pakai baju apa? tanya si isteri mohan penjelasan.
"Eh! awak ni saya tak sempat le nak tengok benda-benda tu semua....eh..." si suami mula merunggut.

Lihat! bagaima berbezanya pandangan lelaki dan perempuan di dalam sesuatu perkara. Lelaki lebih berfokus. Manakala perempuan pandangannya luas. Sebab itu mungkin dikatakan perempuan mempunyai 9 nafsu manakala lelaki hanya 1 nafsu? Teringat jua kata-kata seorang penceramah agama disatu majlis ilmu di Nilai. Beliau berkata: " Lelaki walaupun mempunyai dua mata tetapi hanya satu matanya yang berfungsi. Manakala perempuan kedua-duamatanya berfungsi, sebab itu lah perempuan boleh melakukan dua perkara dalam satu masa. Contohnya ketika memasak perempuan boleh masak dan kemaskan sekali yang berselerak di dapur atau memasak sambil dokong anak. Tetapi awas kalau bagi lelaki masak, makanan siap....tapi dabar anda berselerak???? . Satu lagi lelaki kalau cari sesuatu barang walaupun ada di depan mata susah nak jumpa, berbanding perempuan kalau cari barang mudah jumpa????

Wal Allahu "Alam....fikirkan bersama-sama sebab itu ada lelaki n wanita, suami dan isteri tujuannya untuk saling melengkapi. Maha kayanya Allah Sang Pencipta.....tiada yang tidak memberi manafaat untuk makhluk yang diciptakanNya.

Monday, June 28, 2010

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

wallahua'alam. ....

Monday, June 21, 2010

Apa Yang Duit Boleh Buat atau Tidak Boleh Buat?

Walaupun budaya kita mengatakan bahawa duit adalah jawapan kepada segala masalah kita, kita juga mendengar yang duit itu jahat: Duit adalah punca segala kejahatan. Duit menghancurkan! Mari kita lihat apa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:

“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”


Anda lihat, Duit bukanlah segalanya!

Dipetik dari laman AKPK.

Maka kita yang harus kontrol duit kita ke arah mana yg patut kita belanjakan.Jangan jadi hamba duit/nafsu....duit adalah nafsu kalau tidak dikontrol utk membelanjakannya.

Sunday, June 20, 2010

APAPABILA RASULULULLAH DATANG BERTANDANG

bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah,
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah
kita..
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia,
memeluk Baginda erat-erat, dan lantas mempersilakan
beliau masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar
Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah
kita. Baginda tentu tersenyum.....
Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di
depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa
memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita gantung diruang tamu kita,
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang
secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya diruang tamu.
Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal
lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak
mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW,
kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,
tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power
Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang
solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita
tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk
berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan
Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang
setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya
tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum Baginda masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah
kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan
beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak
Baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat
membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata
Rasulullah.....1
Mampukah kita tersenyum

KESALAHAN DALAM MENDIDIK ANAK

Saya menjadi ibu kepada yang bernama anak hampir 15 tahun, dalam usia menjadi seorang ibu perkara yang pertama yang kami suami isteri lakukan adalah dalam proses meletakkan nama.Orang yang bertanggungjawab meletakkan nama kepada anak-anak sudah tentu suamiku.Sebelum meletakkan nama beliau memastikan setiap nama anak mempunyai maksud yang baik.Nama ditulis dalam bahasa Arab terlebih dahulu, kemudian dieja dalam bahasa Melayu.Setelah meletakkan nama kepada anak kami suami isteri berusaha memanggil nama anak-anak dengan nama penuh seperti niat kami terhadap nama-nama yang telah kami ukirkan kepada anak kami.Zawin Najah (Yang Memperolehi kejayaan, Einan Nabila(Dua Mata air yang mengalir dalam syurga)Emalin Nuha (Ketinggian Ilmu/Cerdik)dan Nurin Neisa (Cahaya Kewanitaan)dan kami tidak memendekkan nama panggilan mereka seperti JaJa,Bela,Ema dan sbg, kami memanggil mereka dengan nama Najah, Einan/Nabila/Emalin/Nuha/Nurin dengan harapan panggilan kami terhadap mereka adalah doa kami terhadap mereka.Terutama saya sebagai ibu mereka. Kerana doa ibu barakah. Teringat saya satu ceramah agama tentang tips mendidik anak bermula dengan meletakkan nama (selain daripada perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika mengandung. Jadi persoalannya jika kita ibu bapa yang baik sudahkah kita menamakan atau memanggil mereka dengan panggilan yang baik..???Jika kita terlupa meletakkan nama yang baik untuk anak kita.Ini bukanlah satu perkara yang tidak boleh diubah, panggillah mereka mulai hari ini dengan satu panggilan yang baik untuk anak anda.Selamat mencuba...kerana setiap perkataan yang keluar daripada mulut ibu boleh menjadi doa. Kesimpulannya letaklah da panggillah anak-anak dengan panggilan yang baik.

Bersambung kesalahan dalam mendidik anak.....

Tuesday, June 15, 2010

Mampukan Kita Para Isteri Sehebat Wanita Ini

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma’i, melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, “Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah”.

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. “Suamiku datang,” katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut “manusia kasar”. Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma’i bertanya, “Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk”.

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma’i, “Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar.”

Doaku untuk bulan Rejab

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Aku bermohon dengan sifat Mu yang Maha Pemurah dan Penyayang maka kurniakan aku kekuatan diatas kelemahan diri ini. Kekuatan untuk menulis. Semoga dengan izinMu aku bisa meninggalkan sesuatu yang memberi manafaat untuk generasi sedia ada dan akan datang.


Kerana aku mahu memiliki apa yang pernah diberitahu Nabi Muhammad SAW kepada umatnya.Nabi junjungan kita pernah bersabda mengenai tiga amalan yang sentiasa berterusan. Sabda Rasulullah S.A.W:

" إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ. "

Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang ditinggalkannya atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannnya".

(Hadis riwayat Muslim)

Monday, May 31, 2010

BERSYUKUR MEMILIKI ANAK PEREMPUAN



Dulu ketika aku hanya dikurniakan Allah 4 orang anak perempuan...hati terasa cemburu tak kala melihat kawan-kawan yang memiliki cahaya mata yang sempurna, anak anak lelaki dan perempuan. Aku rasa suami ku lebih-lebih lagi.Namun kini aku bersyukur dengan milik ini. Mungkin ada hikmah disebaliknya.Bisik hati kecilku untuk memujuk diri. Ya...hanya dengan cara ini baharulah hati menjadi syukur.Hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya dan apa yang termampu oleh hambanya.Di kala aku cuba menyenangkan hatiku dengan takdir Allah aku menjumpai hadis-hadis berikut berkenaan dengan sesiapa yang memiliki anak perempuan....aku bersyukur.....

Sebuah hadits menerangkan Rasul pernah bersabda, "Barang siapa memelihara dua anak perempuan, memberi nafkah kepada keduanya dan membaguskan pemeliharaan keduanya sampai keduanya dewasa, maka akan datang di hari kiamat aku dan dia." rasul mengepalkan jari-jari beliau

(HR Muslim, Tirmidzi, Ibnu Hibban). Nah!!! apa lagi yang aku harapkan jika Nabi sendiri menjanjikan yang terbaik untuk hambanya yang memiliki 2 orang anak perempuan.

Di dalam riwayat lain, "Barangsiapa memelihara dua anak perempuan maka aku dan dia akan masuk surga seperti dua ini." Beliau berisyarat dengan jari telunjuk dan jari di dekatnya.Lihat betapa beruntungnya jika memiliki anak perempuan. Ya...Allah berikan kekuatan pada kami suami isteri supaya dapat mengasuh anak-anak perempuan kami dengan baik dan mendidik mereka menjadi anak yang solehah.

Di dalam riwayat lain, "Barangsiapa memelihara dua anak perempuan atau tiga, dua saudara perempuan atau tiga sampai mereka menikah atau dia mati maka aku bersamanya di surga seperti dua ini," Beliau beirsyarat dengan jari telunjuk dan jari di dekatnya.

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada seorang muslim yang mempunyai dua naak perempuan kemudian dia membaguskan pemeliharaan dan asuhannya kecuali kedua-dua itu akan memasukkannya ke surga"(HR Ibnu Majah dan selainnya)

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada seoran muslim yang memiliki tiga anak perempuan kemudian dia memberi nafkah sampai keduanya menikah atau meninggal dunia kecuali keduanya menjadi dinding baginya dari api neraka." Seorang perempuan bertanya,"Apakah dua anak juga?" Rasul menjawab, "Atau dua anak perempuan." (HR Thabrani)

Nabi saw bersabda, "Barangsiap memiliki tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan, dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia membaguskan perlakukan kepada mereka dan bertakwa kepada Allah tentang perkara mereka, maka baginya adalah syurga." (HR Tirmidzi, Abu Dawud).

Dalam riwayat lain, "Maka dia mendidik mereka, berbuat baik kepada mereka dan menikahkan mereka, maka baginya balasan surga."

Rasul bersabda, " Barangsiapa memiliki anak perempuan, dia tidak menguburnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak melebihkan anak laki-laki daripadanya maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga". (HR Abu Dawud, Hakim).

Rasulullah bertutur, "Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan lalu dia mendidik mereka, mengasihi mereka, menangguhkebutuhan mereka dan menikahkan mereka maka wajiblah syurga untuknya"

Ditanyakan, "Wahai Rasulullah! Bagaimana jika dua anak perempuan?"
Beliau menjawab, "Meskipun dua anak perempuan."

Sebagian kaum berpendapat kalau saja mereke bertanya "bila hanya satu anak perempuan?", maka Rasul akan menjawab, "Termasuk satu anak perempuan".

Rasul bersabda, "Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan lalu bersabar di dalam kesusahan dan kegembiraan mereka, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kasih sayang-Nya kepada mereka" Seorang laki-laki bertanya, "Bagaimana jika dua anak, ya rasul?"
Rasul menjawab, "dua anak juga." Laki-laki itu bertanya lagi, "Bila satu anak, ya rasul"
Dijawab, "satu anak perempuan juga" (HR Hakim)

Rasululalh saw. bersabda, "barangsiap diuji dengan anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka (anak-anak perempuan itu) menjadi benteng untuknya dari api neraka." (HR Bukhari, Muslim).

Maka beruntunglah kepada mereka yang memiliki anak perempuan.Pun begitu menjaga anak perempuan bukanlah semudah disangka sebab itulah Rasulullah amat menekankan tentang pengasuhan anak perempuan sehingga beliau menjanjikan bahawa jika ibu bapa dapat mengasuh dengan baik maka syurga baginya.

WalAllahua'lam