BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tazkirah Untuk Suami-Isteri

Tips untuk Mengembalikan Suami ke Pangkuan (Siri 1)

Suatu hari aku menerima SMS daripada seorang teman bertanya tentang tips-tips bagaimana mahu lakukan jika suami sudah terpikat dengan orang lain dan sudah tidak pulang-pulang berberapa minggu. Sebab ada kawannya mintak pendapat. Eh...macamana aku nak bagi tips ni aku sendiri tiada pengalaman seperti itu....Nauzubillah...jangan Allah uji aku sesuatu yang aku sendiri tak mampu menghadapinya. Jika anda diuji...sebenarnya Allah sudah melihat batasan kesabaran anda...TAHNIAH..Jom kita sama-sama mencari tipsnya dan membantu, tak kira kepada sesiapa sahaja jika suami ada masalah demikian.

Kawan, sepatutnya melentur suami bermula dari aku setuju, ketika Tok Kadi atau ayah bertanya kepada kita setuju tak jika ayah kahwinkan kau dengan si polan. Ibarat kita ingin mendidik anak bermula dari rebunnya. Jika sudah jadi buluh susah. Tapi.... tak apa..... masih belum terlambat, kita masih boleh mencuba berbagai-bagai tips yang disarankan oleh Islam. Tapi awas jangan jumpah BOMOH berdosa! Tak masuk syurga tau....

Kawan-kawan, tahu tak bahawa tujuan kita hidup di bumi adalah untuk diuji, siapa diantara kita yang paling beriman, paling baik. Maka tanpa ujian ataupun musibah, manusia tidak dapat diukur kebaikkannya. Kawan-kawan mahu tak tips dari saya....berdasarkan pengalaman sendiri...saya bukan kehilangan suami tetapi pernah kehilangan iaitu kehilangan anak selama 3 hari dua malam.....pada tahun 2002, 2 orang anak saya hilang dilarikan pembantu rumah... mungkin apa yang saya lakukan untuk mendapatkan "harta dunia" ini, boleh dilakukan oleh para isteri yang "kehilangan suami" untuk suami yang semakin jauh daripadanya atau yang sudah tidak pulang-pulang......Tetapi anda masih mengharapkannya berada disisi anda...anda masih mencintainya...

Yang UTAMA:

PERTAMA, mesti ada naiwaitu nak bantu diri sendiri dulu.......baru berjaya......
KEDUA: membaca. Bacalah. Carilah buku untuk tambah ilmu. Kerana itu wahyu pertama diturunkan berkaitan dengan membaca. 'Iqra.....
KETIGA: Melihat.....meneliti....melihat dengan MATA HATI....fahamilah

Kawan-kawan anda kehilangan suami, anak, pangkat,harta dan sebagainya kerana anda sekarang sedang diuji, salah satu hikmahnya kerana Allah mahu menaikkan darjat anda disisiNya. Allah menyebut tentang ini dalam firman Allah swt :

وَلَنَبلُوَنّكُم بِشَىءٍ مِنَ الخَوفِ وَالجُوعِ وَنَقصٍ مِنَ الأموَالِ وَالأَنفُسِ وَالثّمَراتِ وَبَشِرِ الصّابِرينَ
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.( QS Al Baqarah : 155 )
(Kalau mahu lebih lanjut tentang musibah bacalah buku "Rahmat Disebalik Dugaan karangan Kasmuri Selamat dan Majalah Solusi, keluaran ke 19.....saya dah baca amat menarik...atau apa-apa sahaja buku motivasi) bacalah....kerana tidak sama orang yang berilmu dgn orang yang tidak berilmu....orang yang berilmu mungkin tidak jumpa bomoh jika ingin suaminya pulang kepangkuan dengan baik dan selamat....betul tak....jika dia jumpa bomoh...suami pulang.....tetapi pulang dengan "bodoh" buat apa....

Sedikit pengalaman....Ketika kedua orang anak saya dilarikan pembantu...saya juga gelabah....sama seperti manusia lain....kerana saya juga manusia biasa......tidak lari daripada fitrah.....saya menanggis....dan menanggis......disamping itu saya cuba bersabar...kekuatan saya cuma SABAR. Dalam pada itu saya "amat-amat cuba untuk bersabar". Kenapa saya meletakkannya didalam pengikat kata....kerana SABAR itu perlukan kekuatan...kekuatan dalaman. Sabar terhadap musibah, iaitu menahan diri dari mengeluh ketika terkena musibah. Jangan salahkan Allah. Contoh " Kenapa aku diuji begini...sedangkan aku sudah berbuat baik dengan suamiku....kenapa!!!!!?" Jika anda bersabar anda dapat pahala. Kawan-kawan dugaan ini sudah berada didepan anda, sesuatu itu sudah terjadi di depannya, dan dia tidak bisa menghindarinya, artinya dia bersabar atau tidak bersabar sesuatu itu sudah terjadi. Maka lebih baik anda bersabar, kerana banyak sekali janji-janji Allah termaktub didalam al-Quran tentang kebaikkan orang yang sabar, diantaranya Surah al-Baqarah:156-157,al-Baqarag 153, al-Imran:200, Muhammad:31 al-Nahl dan banyak lagi. Kawan-kawan, percayalah Allah tidak pernah mungkir janji. Sama sekali tidak.

Tips untuk Mengembalikan Suami ke Pangkuan (siri 2)
Kedua saya BERDOA MEMOHON kepada Allah melalui solat 5 waktu dan solat hajat. Di dalam solat wajib dan solat hajat saya tidak putus-putus berdoa. "Ya Allah...Aku diuji olehMU......jika Engkau berhendakkan anak-anakku itu menjadi hak kami....milik kami, maka kembalikan kepadaku dan suamiku dalam keadaan baik....namun Ya Allah...jika tiada rezeki untuk kami.....maka Aku redhakan ianya menjadi hakMU.....kerana Engkau Yang Maha Memberi dan Maha Mempunyai....Dan Maha Mengetahui.....Namun aku pohon kepadaMU jika ditakdirkan kedua-dua anakku itu bukan milik kami lagi..tetapi milikMU....maka izinkan aku untuk melihat mayatnya.....Amin Ya...Rabba Alamin....." Ketika anda bersolat anda hendaklah ikhlas.....dan mengharap yang terbaik daripada Allah....kerana sesuatu perkara yang kita rasa baik untuk kita mungkin sebenarnya tidak baik untuk kita. Alhamdulillah.....kerana Allah masih mengizinkan "harta dunia" ini menjadi milik kami....maka hari yang ke tiga....Allah mengembalikan anak kami kembali. Selamat. Dijumpai di Puduraya, K.Lumpur. Ya...jika saya tidak diuji mungkin saya tidak boleh memberi tips ini pada kawan-kawan. Mintalah dengan Allah....kerana Dialah yang Maha Memberi dan Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Ramai sekali isteri lupa berdoa kepada suaminya.....dan ramai sekali manusia lupa untuk bermohon melalui solat ketika menghadapi musibah....sedangkan Allah berfirman bermaksud: "Berdoalah kepada KU, nescaya akan aku kabulkan permohonanmu itu" (al-Mukmin:60). Jika musibah anda hadapi hari ini kerana perbuatan orang lain maka inilah peluang terbaik untuk anda berdoa...kerana salah satu doa yang dimakbulkan Allah adalah doa hambanya yang kena aniaya orang....suami kena goda..contohnya...maka berdoalah kepada Allah supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada suami untuk melihat yang halal yang sudah sah miliknya bukan yang haram yang belum sah miliknya. jangan doakan yang tak baik...doakan juga supaya perempuan yang merampas suami kita itu...supaya lepaskan suami kita dan gantilah padanya suami yang sah. Dan jangan lupa serahkan pada Allah......iaitu jika ia suami yang baik untuk kita maka kau kembalikan suamiku ya Allah...kerana Allah lebih Mengetahui...Memang susah cubalah....kerana Allah ada janji-janjiNya....

Ketiga: bersangka baiklah dengan Allah. Jika kita sudah berusaha dan melakukan yang terbaik untuk pasangan kita, sudah berdoa dan berdoa....jika Allah memberi lain daripada yang kita harapkan dan minta...mungkin ada hikmah lain disebalik itu. Anas bin malik berkata; Mahukah kamu aku ceritakan sebuah hadith yang tidak pernah diriwayatkan oleh sesiapapun melainkan dari diriku sendiri? Iaitu ketika kami berada disisi Rasulullah SAW yang sedang duduk.Tiba-tiba baginda tertawa. Baginda lalu bertanya:"Tahukah kamu mengapa aku tertawa? Maka mereka menjawab hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu. Baginda bersabda:Aku merasa hairan kepada orang mukmin ini sesungguhnya Allah tidak akan menentukan sesuatu kepadanya kecuali, ada sahaja yang membawa kebaikkan kepadanya. Daripada Ibrahim bin Daud berkata sebahagian ahli Hikmah berpendapat, bahawa Allah mempunyai hamba2 yang selalu menghadapi musibah dengan hati yang penuh gembira yakni redha.Katanya lagi: Mereka inilah org2 yang telah dibersihkan Allah akan hatinya dari mencintai dunia.

Percaya kawan-kawan jika anda memohon bantuan Allah...Allah akan membantu....dan memberikan yang terbaik untuk anda seperti kisah Ummum Salamah.
Dalam hadist Ummu Salamah disebutkan bahwasanya Rosulullah saw bersabda :
إذا أصاب أحدكم مصيبة فليقل: إنا لله وإنا إليه راجعون، اللهم عندك أحتسب مصيبتي فأجرني فيها، وأبدل لي بها خيراً منها .
” Jika diantara kalian tertimpa musibah, hendaknya berkata : ” Sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali pada-Nya, Ya Allah saya hanya mencari pahala dari musibah ini di sisi-Mu, maka berikanlah kepada-ku pahala itu, dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah ini ” ( HR Abu Daud )

Hadist di atas benar-benar dipraktekkan oleh para sahabat, bahkan oleh Ummu Salamah sendiri, tepatnya ketika suaminya Abu Salamah pada detik-detik terakhir dari hidupnya dia berdo’a : ” Ya Allah gantilah untuk keluargaku seseorang yang lebih baik dariku ” Dan ketika Abu Salamah telah meninggal dunia, Ummu Salamah berdoa’ : Sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali pada-Nya, Ya Allah saya hanya mencari pahala dari musibah ini di sisi-Mu.
Kemudian apa yang terjadi setelah Ummu Salamah tetap sabar, tabah dan berdo’a sebagaimana yang diajarkan oleh Rosulullah saw ? Ternyata Allah mengabulkan do’a tersebut dan Ummu Salamah mendapat ganti suami yang lebih baik dari Abu Salamah, yaitu Rosulullah saw.

Ketahuilah kawan-kawan sejak itu peristiwa kehilangan anak 2002, saya amat yakin dengan solat hajat dan doa yang benar-benar mengharap kepada Allah. Cuba lah....
Ikuti lah beberapa petua atau ubat untuk mendapatkan suami kembali kesisi anda.....bersambung nanti....
"Ya...Allah jadikan aku manusia yang sentiasa istiqamah.....jauhilah aku daripada cubaan dan dugaan yang aku sendiri tidak mampu untuk menanggungnya.....Amin...."
Semoga Allah sentiasa bersama kita.Semoga disisi kita ada Allah dan insan-insan yang baik-baik...insyallah..

Tips untuk Mengembalikan Suami ke Pangkuan

Mahu tak anda saya bagi ubat untuk mengubati musibah????
Cuba ubat ini,
Cara makan.....'makan" setiap kali anda rasa " kesedihan dan keresahan dengan dugaan" hidup
Dengan makan ubat ini anda bukan sahaja sihat jasmani tetapi sihat jiwa....tetapi AWAS ubat ini kena dilakukan dengan istiqamah.....
Ubatnya ialah ucapkanlah istirja' Innalillahi wa inna ilai hirajiuuun'

Bertemu kita untuk mencari penawar kembalikan suami ke sisi anda....setelah dia hilang....
Mungkin amalan seorang ibu Puan Noraini Daud, seorang pustakawan UPM daripada Kajang, ini boleh dijadikan amalan anda bagi yang "kehilangan suami": suami tak bercakap, suami baran: suami hilang bersama perempuan lain dsb. Puan Noraini telah mengamalkan doa, zikir dan solat hajat supaya Allah mengembalikan anaknya yang hilang ke Australia. Anaknya hilang sejak April dan kembali kepangkauan beliau pada bulan disember 2008. Amalan ini juga telah mengembalikan Safiah Yusuf, 25 tahun, pelajar genius kepangkal jalan.
Puan Noraini mempelajari amalan ini daripada Hanafi Abdul Malek, seorang pengarah Perancang dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), di Bangi.
Berikut adalah amalannya ketika beliau kehilangan anak.
dan jika anda yang "kehilangan" suami mungkin juga boleh mengamalkannya:
1. Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas sahaja. Pada ayat keempat yang bermaksud:Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar tuhan pulangkan anak.(pulangkan.....apa yang kita hilang....kalau hilang anak, pulangkan anak, kalau suami hilang.... pulangkan suami....kalau barang hilang...pulangkan barang.... dsb)
2. Membaca surah al-ikhlas sebanyak 40 kali sehari, dalam setiap satu ayat satu nafas. Pada ayat kedua: hanya pada Allah tempat meminta" terus lintaskan dalam hati nama anak(....nama suami......orang atau barang yang hilang)
3. Bersolat hajat
4. Baca surah Toha dari ayat 1 hingga 6

Cubalah amalkannya dan bersabarlah, jika Puan Noraini berhasil melakukkannya kenapa anak tidak????
Teringat cerita arwah Nenek tercinta...Zainab binti Sulaiman...al-fatihah untuk beliau........
Diceritakan kepada ku ketika aku muda remaja.....seorang kawannya pembantu rumah disebuah rumah orang kaya, telah berkahwin dengan anak orang kaya tersebut. suaminya seorang yang kacak, kaki perempuan......dia seorang yang penyabar.....dengan kesabarannya dan amalannya... suaminya kembali kepangkuannya. Berikut amalan yang dilakukan oleh kawan arwah nenek: sentiasa bangun solat tahajud di tengah malam secara istiqamah.....dan berdoa supaya suami insaf.....dan dia juga amalkan zikir ya latif (7X)  setelah habis  dibacakan, niat dalam hati semoga Allah melembutkan hati suami untuk menjadi manusia yang baik. Amalan ini dilakunya dengan istiqamah dengan syarat dalam masa melaksanakan amalan tersebut perlulah banyak bersabar. Jangan marah-marah dengan suami kalau tak pulang.Sentiasa berlaku baik untuknya. Beliau melaksanakan amalan tersebut hingga hari yang ke 40 hari beliau mendapat manafaatnya, dimana suami memohon maaf ketika beliau ditikar sejadah dan bertaubat sehingga lah beliau akhirnya hidup berrumahtangga hingga keakhir hayat.
Lihatlah teman-teman....bagaimana janji Allah kepada mereka yang sabar dan kembali megharapkan pertolonganNYa. Benarkan janji-janji Allah.
Maha Kaya Allah Subhanahu Wa Taala....semoga Allah bersama-sama dengan orang yang inginkan kebaikkan untuk dirinya dan orang lain.

Wa Allahhu a'lam


SESEKALI KETIKA RUMAHTANGGA DIDUGA

"Hello, Asalamualaikum...apakhabar Ma" ayat pertama yang keluar daripada mulutku tak kala memulakan biacara dengan ibuku menerusi talipon. Ma adalah panggilan kami adik beradik kepada ibuku. "Baik, Da macamana sihat? Ibuku bertanya kembali. Pagi jam 8:30 lebihkurang aku menalipon ibuku pada 9 hb untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan mengucapkan terima kasih di atas perhatiannya selama ini hinggalah aku menjadi "Aku" hari ini. "Ma... oghre nak ucap ke Selamat Hari Ibu, Moga Ma sihat, panjang umur, murah rezeki, oghre jugak nak mintak maaf jika ada salah dan silap selama ini" ucapku pada pagi itu sambil menahan air mata. "Ma.. pun.. sama... terima.. kasihlah ingatkan ma..." tersekat-sekat ibuku menyambut ucapan mungkin dia juga sedang mengawal emosi. Pagi itu aku merasa lega. Terima kasih Hari Ibu.. Jika tiadanya Sambutan Hari Ibu ini mungkin aku hanya menunggu hari raya untuk memohon maaf, seikhas ini. Aku bukan menyanjungi Hari Ibu yang datang daripada Barat ini tetapi...dengan ada hari ibu ini memberi peluang kepadaku menyatakan perhatinku terhadap ibu....itu saja. kerana bukan budaya kita untuk menyatakan CINTA, SAYANG kepada ibu atau ayah. "Ma dok wat gapo?" tanyaku meneruskan perbualan. "Nak gi bank, ambik duit sikit..." Jawab ibuku. "Gi dengan sapa? "tanyaku bagai polis pencen. "Dengan Fai..?" jawab ibuku ringkas. "Ooo tak po lah kalu gitulah..
Aku menulis hari ini bukan kerana peringatan hari ibu ini... tetapi tentang perbualan ku dengan ibu... tentang perselisihan adik lelakiku dengan isterinya pagi tadi. Aku jadi kelu..kenapa tahun 2010 aku asyik mendengar cerita tentang perselisihan suami isteri. Ada bertahan. Ada berjaya. Ada kecundang...berpisah akhirnya. Aku menasihatinya supaya bersabar dengan dugaan rumah tangga ...jangan ikutkan hati...jangan cepat mulut apa lagi tangan...lagipun kau baru melayari bahtera rumah tangga. 5 tahun bukannya lama. baru sekali melayari fasa perkenalan sebenar, persefahaman, mengenali pasangan....paling penting SABAR. Kerana kita dipertemukan dengan pasangan hidup adalah saling melengkapi antara satu sama lain, bagai jejari tangan bertaut dengan pasangan kita. Nah! melengkapikan. Alahamdulillah, akhirnya adik lelakiku berjaya mengawal rumah tangganya daripada terus bergoncang. Tahniah! kepada adik lelakiku, jika isteri yang merajuk, kita suami kekadang rendahkan ego. Pujuk. Beralah bukan bermaknanya kalah tetapi wahai adik lelakiku, kau sebenarnya menang. Menang berjuang dengan musuh rumah tangga yang amat seronok sekali jika lebur. Bercerai! Syaitan! ya ia makhluk Allah yang amat gembira jika rumah tanggamu hancur! kerana bila hancur inilah peluang untuknya memasuki ke ruang hatimu. Untuk jalan maksiat!

Sebenarnya aku tidak pelik dengan kisah pergaduhan suami isteri dalam behtera rumah tangga. Aku sendiri entah ke berapa kali perang dengan suami. Perang sabil! perang dingin! perang beku!macam-macam perang lagi.

Dalam percarian hidup berumah tangga aku menjumpai satu ungkapan yang pernah suamiku perkatakan kepadaku satu ketika dulu. "Papa,betul ke semua suami ada cita-cita nak kahwin lebih?"aku bertanya soalan cepumasa pada suami. "Kahwin lebih ataupun tidak yang penting..kita isteri perlu melayan suami dengan baik...jika kita sudah lakukan yang terbaik untuk suami dan rumah tangga...maka jika suami kahwin jugak itu takdir namanya.."suami menjawab soalanku dengan panjang lebih. (Tetapi sebenarnya penuh makna yang tersirat yang belum dimengertikan oleh aku yang bergelar isteri). Aku terdiam.Didalam hati bermonolog sendirian eleh...isteri aje ke kena layan suami dengan baik bagaimana pula suami?

Tetapi hari ini aku membenarkan kata-kata itu dan cuba ku mengertikan dengan sebaik-baiknya.Ya..ada benarnya kenapa kita hanya asyik menanyakan pasangan kita...mempersoalkan tentang apa kebaikkan yang dilakukan pada kita...apa layanan terbaik yang dilakukan pada kita....sama kita sebagai isteri atau suami...tetapi kita lupa bertanya diri sendiri apakah yang telah yang telah kita laksanakan pada pasangan....adakah layanan kita sudah cukup bagus...itu sepatutnya yang kita tanya pada diri...bukan mencari-cari atau menghitung-hitung tentang kekurangan pasangan kita...kerana kita juga ada kekurangan di mata pasangan kita. Redhalah dengan perkahwinan dan pasangan yang anda miliki hari ini.Hargailah mereka.Cintai pasangan anda kerana dia sudah tentu milik anda dan ketentuan Allah anda berkahwin dengan pasangan anda. Kepada sahabat-sahabat dan adik-adikku....belajarlah syukur...bersyukur kerana anda ada pasangan hidup..sedangkan ada dikalangan anda yang menrindui pasangan hidup malangnya tidak diketemui....redhalah dengan pasangan anda....kerana jika anda merasa anda sebenarnya seorang yang baik sedangan pasangan anda tidak seperti anda...ketahuilah mungkin anda dipilih oleh Allah untuk memperbaiki pasangan hidup anda...berdoalah.Doa boleh merubah nasib seseorang....


DUGAAN CINTA BERUMAH TANGGA


Saya baharu sahaja habis membaca buku karangan Ustaz Hasrizal" Bercinta Sampai ke Syurga"...banyak isi pengajaran yang boleh diambil dr buku tersebut oleh pasangan yang berumah tangga. Saya tertarik dengan kupasan Ustaz Hasrizal tentang mereka yang berkahwin atas dasar agama kenapa masih juga ada perceraian(m/s 166) " Satu demi satu rumah tangga retak dan ribut. Bukan rumah tangga retak dan ribut. Bukan rumah tangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan.Rumah tangga ini adalah rumah tangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam.........". Islam amat menekankan aspek agama dalam memilih jodoh. Saya sokong pandangan Ustaz Hasrizal bahawa pemilihan faktor agama bukan penentu untuk menyatakan bahawa rumah tangga kita akan kekal hingga mati, ke anak cucu ataupun ke syurga. Tetapi pemilihan tersebut adalah sebagai syarat atau petunjuk ataupun pemulaan yang baik kepada seseorang yang ingin memilih pasangan. Percayaalah...
Jika seseorang yang dipilih kerana agama maka sekurang-kurangnya mereka ada asas dalam beragama. Namun tidak bermakna rumah tangga yang suami berfikrah Islam dan isterinya berfikrah Islam akan kekal selama-lamanya. Punca pertamanya pada saya adalah takdir Allah yang mendatangkan musibah atau dugaan kepada setiap umat manusia. Kita manusia tidak lari daripada dugaan Allah, kerana itulah tujuannya manusia itu dilahirkan ke dunia. Untuk diuji siapakah diantara mereka yang paling baik.Mengikut pembacaan saya bahawa mereka yang lebih tinggi alim, maka lebih kuat ujiannya, lebih hebat syaitan yang dihantarkan untuk menggodanya. Bukan saya bermaksud takdir Allah yang memang mengkehendaki perceraian tersebut. Tetapi takdir Allah yang datang kepada kita umatnya untuk diuji sejauh mana kuatnya iman kita. jika kita kata seorang yang sabar, maka Allah akan uji kepada kita dengan kesabaran, mungkin dengan karenah suami atau isteri. Jika kita kata kita adalah seorang hamba yang kuat imannya, tahan dengan dugaan wanita maka Allah akan menduganya dengan didatangi oleh perempuan yang cantik dan menggoda. Jika tidak diuji maka kita tidak akan tahu sejauh mana sabarnya kita, kuatnya iman kita atau sebagainya. Jika seseorang terkandas maka mereka terdorong untuk berlaku curang, bermain kayu tiga dsb.
Di dalam buku ini juga Ustaz Hasrizal ada menyebut tentang perkahwinan org tua2 dulu-dulu kenapa mereka bertahan sehinggalah akhir hayat? Saya pernah bertanya dan dinasihati oleh arwah nenek dan banyak bertanya dan meneliti perkahwinan orang-orang tua dahulu kenapa perkahwinan mereka kekal. Ingin sekali saya menyatakan bahawa resepinya kerana salah seorang daripada pasangan sanggup berkorban. Mereka sanggup berkorban jiwa, perasaan, tenaga, wang ringgit kerana pasangan mereka.Walaupun jiwa mereka sendiri sebenarnya terseksa. Itulah hakikat cinta orang dulu-dulu kerana taatnya mereka kepada sebuah perkahwinan yang telah termeterai. Tetapi perkahwinan hari ini..... mungkin perkahwinan orang-orang cerdik-cerdik (tetapi tidak berilmu) terutamanya bila si isteri lebih bersijil tinggi atau berpangkat tinggi mereka akan melihat kepada kekurangan pasangan mereka. Atau sebaliknya. Maka timbul perasaan tidak puas hati terhadap pasangan. Mula mencari kelemahan pasangan....Hanya yang nampak kesilapan pasangan.Tetapi lupa menilai diri sendiri. Muhasabah diri. Itulah kekurangan paling nyata yang ada dalam sebuah rumah tangga. Kurang muhasabah diri sendiri!!!!!
Maka apabila kekurangan pasangan mulai dinilai, salah seorang cuba perbetulkan. Malangnya mungkin tidak berjaya.Maka pasangan frust. Lebih teruk lagi jika pasangan tersilap mencurahkan perasaan terluka kepada kawan lawan jenis.Timbul simpati......Si pasangan yang terluka rasa dihargai, difahami, dimengerti apabila lawan jenis sudi mendengar rintihan hati yang terluka. Keseronokan untuk saling berhubung menjadi lebih kuat.Itulah syaitan, yang berada diantara si lelaki dan si perempuan yang ketiga itu adalah syaitan.Syaitan amat suka jika rumah tangga hancur!!!!! kerana ini membuka pintu maksiat. Nauzubillah Ya Allah. Kita mula nampak bahawa pasangan baru tanpa ikatan perkahwinan ini yang terbaik kini, kerana seorang pendengar yang baik, memahami, menghargai, sejiwa dsn. Wal hal kita lupa bahawa isteri atau suami kita dahulupun paling baik untuk kita sebelum "Aku terima nikahnya" atau "saya setuju, ayah" Kalau tak masakan kita memilihnya. Bukan! Tetapi bagaimana selepas 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun dan 15 tahun atau lebih bersama kita??? Fikirlah tentang pasangan baru anda adakah dia seorang lelaki yang baik atau wanita yang baik jika sanggup merosakkan rumah tangga orang lain???kEKADANG kerana CINTA kepada manusia itu BUTA. Malah ada yang kata TULI. Maka kita menjadi buta dalam melihat dengan mata hati dan kita jadi tuli bila mendengar orang menegur atau memberi pandangan. Itulah manusia jika diuji.....inalillahiwanailaihirajiun.

" Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Memberi....berikanlah dan jadikan Aku daripada kalangan sedikit.... kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur.....sedikit sekali manusia yang bersabar......kerana sedikit sekali manusia yang boleh melihat dengan mata hati....kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur.........kerana sedikit sekali manusia yang boleh bermuhasabah.......kerana sedikit sekali manusia yang bisa mengingatiMU di mana sahaja mereka berada, dimana sahaja kedudukan mereka, dimana sahaja dilimpahi musibah.....kerana sedikit sekali manusia yang sanggup berkorban kerana CINTA kepadaMU.....kerana sedikit sekali manusia yang adanya sifat REDA......kerana sedikit sekali manusia yang memiliki sifat ikhlas.......kurniailah CINTAMU itu kepadaku supaya aku hanya MENCINTAIMU ........semoga aku menjadi dikalangan yang sedikit itu..........kerana teramat sedikit sekali golongan yang masuk syurga......maka jadiklah aku dikalangan yang SEDIKIT malah aku menjadi takut untuk menjadi dikalangan mereka yang banyak........amin ya Rabba Aa lamin, lindungi aku dari berbolak-balik hatinya".....