BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 17, 2010

DUGAAN CINTA BERUMAH TANGGA

Saya baharu sahaja habis membaca buku karangan Ustaz Hasrizal" Bercinta Sampai ke Syurga"...banyak isi pengajaran yang boleh diambil dr buku tersebut oleh pasangan yang berumah tangga. Saya tertarik dengan kupasan Ustaz Hasrizal tentang mereka yang berkahwin atas dasar agama kenapa masih juga ada perceraian(m/s 166) " Satu demi satu rumah tangga retak dan ribut. Bukan rumah tangga retak dan ribut. Bukan rumah tangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan.Rumah tangga ini adalah rumah tangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam.........". Islam amat menekankan aspek agama dalam memilih jodoh. Saya sokong pandangan Ustaz Hasrizal bahawa pemilihan faktor agama bukan penentu untuk menyatakan bahawa rumah tangga kita akan kekal hingga mati, ke anak cucu ataupun ke syurga. Tetapi pemilihan tersebut adalah sebagai syarat atau petunjuk ataupun pemulaan yang baik kepada seseorang yang ingin memilih pasangan. Percayaalah...
Jika seseorang yang dipilih kerana agama maka sekurang-kurangnya mereka ada asas dalam beragama. Namun tidak bermakna rumah tangga yang suami berfikrah Islam dan isterinya berfikrah Islam akan kekal selama-lamanya. Punca pertamanya pada saya adalah takdir Allah yang mendatangkan musibah atau dugaan kepada setiap umat manusia. Kita manusia tidak lari daripada dugaan Allah, kerana itulah tujuannya manusia itu dilahirkan ke dunia. Untuk diuji siapakah diantara mereka yang paling baik.Mengikut pembacaan saya bahawa mereka yang lebih tinggi alim, maka lebih kuat ujiannya, lebih hebat syaitan yang dihantarkan untuk menggodanya. Bukan saya bermaksud takdir Allah yang memang mengkehendaki perceraian tersebut. Tetapi takdir Allah yang datang kepada kita umatnya untuk diuji sejauh mana kuatnya iman kita. jika kita kata seorang yang sabar, maka Allah akan uji kepada kita dengan kesabaran, mungkin dengan karenah suami atau isteri. Jika kita kata kita adalah seorang hamba yang kuat imannya, tahan dengan dugaan wanita maka Allah akan menduganya dengan didatangi oleh perempuan yang cantik dan menggoda. Jika tidak diuji maka kita tidak akan tahu sejauh mana sabarnya kita, kuatnya iman kita atau sebagainya. Jika seseorang terkandas maka mereka terdorong untuk berlaku curang, bermain kayu tiga dsb.
Di dalam buku ini juga Ustaz Hasrizal ada menyebut tentang perkahwinan org tua2 dulu-dulu kenapa mereka bertahan sehinggalah akhir hayat? Saya pernah bertanya dan dinasihati oleh arwah nenek dan banyak bertanya dan meneliti perkahwinan orang-orang tua dahulu kenapa perkahwinan mereka kekal. Ingin sekali saya menyatakan bahawa resepinya kerana salah seorang daripada pasangan sanggup berkorban. Mereka sanggup berkorban jiwa, perasaan, tenaga, wang ringgit kerana pasangan mereka.Walaupun jiwa mereka sendiri sebenarnya terseksa. Itulah hakikat cinta orang dulu-dulu kerana taatnya mereka kepada sebuah perkahwinan yang telah termeterai. Tetapi perkahwinan hari ini..... mungkin perkahwinan orang-orang cerdik-cerdik (tetapi tidak berilmu) terutamanya bila si isteri lebih bersijil tinggi atau berpangkat tinggi mereka akan melihat kepada kekurangan pasangan mereka. Atau sebaliknya. Maka timbul perasaan tidak puas hati terhadap pasangan. Mula mencari kelemahan pasangan....Hanya yang nampak kesilapan pasangan.Tetapi lupa menilai diri sendiri. Muhasabah diri. Itulah kekurangan paling nyata yang ada dalam sebuah rumah tangga. Kurang muhasabah diri sendiri!!!!!
Maka apabila kekurangan pasangan mulai dinilai, salah seorang cuba perbetulkan. Malangnya mungkin tidak berjaya.Maka pasangan frust. Lebih teruk lagi jika pasangan tersilap mencurahkan perasaan terluka kepada kawan lawan jenis.Timbul simpati......Si pasangan yang terluka rasa dihargai, difahami, dimengerti apabila lawan jenis sudi mendengar rintihan hati yang terluka. Keseronokan untuk saling berhubung menjadi lebih kuat.Itulah syaitan, yang berada diantara si lelaki dan si perempuan yang ketiga itu adalah syaitan.Syaitan amat suka jika rumah tangga hancur!!!!! kerana ini membuka pintu maksiat. Nauzubillah Ya Allah. Kita mula nampak bahawa pasangan baru tanpa ikatan perkahwinan ini yang terbaik kini, kerana seorang pendengar yang baik, memahami, menghargai, sejiwa dsn. Wal hal kita lupa bahawa isteri atau suami kita dahulupun paling baik untuk kita sebelum "Aku terima nikahnya" atau "saya setuju, ayah" Kalau tak masakan kita memilihnya. Bukan! Tetapi bagaimana selepas 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun dan 15 tahun atau lebih bersama kita??? Fikirlah tentang pasangan baru anda adakah dia seorang lelaki yang baik atau wanita yang baik jika sanggup merosakkan rumah tangga orang lain???kEKADANG kerana CINTA kepada manusia itu BUTA. Malah ada yang kata TULI. Maka kita menjadi buta dalam melihat dengan mata hati dan kita jadi tuli bila mendengar orang menegur atau memberi pandangan. Itulah manusia jika diuji.....inalillahiwanailaihirajiun.

" Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Memberi....berikanlah dan jadikan Aku daripada kalangan sedikit.... kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur.....sedikit sekali manusia yang bersabar......kerana sedikit sekali manusia yang boleh melihat dengan mata hati....kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur.........kerana sedikit sekali manusia yang boleh bermuhasabah.......kerana sedikit sekali manusia yang bisa mengingatiMU di mana sahaja mereka berada, dimana sahaja kedudukan mereka, dimana sahaja dilimpahi musibah.....kerana sedikit sekali manusia yang sanggup berkorban kerana CINTA kepadaMU.....kerana sedikit sekali manusia yang adanya sifat REDA......kerana sedikit sekali manusia yang memiliki sifat ikhlas.......kurniailah CINTAMU itu kepadaku supaya aku hanya MENCINTAIMU ........semoga aku menjadi dikalangan yang sedikit itu..........kerana teramat sedikit sekali golongan yang masuk syurga......maka jadiklah aku dikalangan yang SEDIKIT malah aku menjadi takut untuk menjadi dikalangan mereka yang banyak........amin ya Rabba Aa lamin, lindungi aku dari berbolak-balik hatinya".....