BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

Hadiahku Untuk Hari Jadiku

29hb Mei 2010 adalah genap umurku ke 41. Terimakasih kepada teman-teman yang mengucapkan selamat hari lahir, terutamanya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.Walaupun tiada hadiah berharga, tetapi aku cukup gembira kerana dapat memberi hadiah untuk orang lain pada hari jadiku. Pada 29-30hb aku dijemput oleh pihak UUM kerjasama dengan pihak Shingo U untuk memberi kuliah kepada peserta kursus Diploma Kanak-Kanak berpusat di Shah Alam. Bertajuk; Pengajaran Pendidikan Islam, Prasekloah.

Maka aku berpeluang membawa familyku untuk bercuti kebetulan Jumaat cuti Wesak. (28hb) Inilah hadiah hadiahku untuk harijadiku, pertama aku dapat membawa anak-anak bercuti. Sudah lama sebenarnya kami suami isteri tidak' berkesempatan' untuk membawa mereka keluar bercuti. Aku dapat melihat 'kerinduan' untuk melihat suasana luar selain daripada kawasan kami tinggal.

"Minggu depan mama nak bawa pergi Hotel" kata ku kepada anak perempuan ku yang ke tiga. "Ha! pergi hotel! betul ke mama? begitu girang sekali anakku bertanya. "Ada kolam ke tak mama kat hotel tu?' satu soalan keluar daripada anakku tadi. Soalan itu sebenarnya sudahku agak. Entah apa sebenarnya yang disukai oleh kanak-kanak apabila sebut sahaja nama "Hotel". Kanak-kanak memang suka pergi hotel. Teman-temanku juga berpendapat demikian. Apa istemewanya hotel?? Mungkin kepada kekemasan bilik hotelnya. Yang penting ada
kolam. Itulah budak-budak. Ya kekadang sama sahaja seperti orang dewasa inginkan kelainan didalam hidup. Cara orang dewasa berbeza dengan kanak-kanak dalam mencari sesuatu yang baharu dalam hidup. Mungkin sedikit jemu dengan pandangan sering dilihat, rumah, taman, shopping kompleks, restoran yang sama. Maka perlu mencari suasana yang lain daripada biasa untuk menambah pengalaman?

SEalain daripada itu aku juga berkesempatan memberi kuliah kepada seramai 30 orang peserta kursus, dimana terdapat di dalamnya 2 orang student berbangsa India dan seorang berbangsa Cina. Tahniah tidak terhingga kepada ketiga-tiga student non muslim ini kerana melibatkan diri dengan begitu baik sekali ketika menlaksanakan tugasan aktiviti yang hendak dijalankan. Tahniah juga teristemewa kepada MR V, kerana beliau adalah satu-satunya peserta lelaki berbangsa Cina pulak tu kerana memilih bidang ini untuk menambah ilmu. Seperti biasa, setiap kali memberi kuliah atau ceramah di mana-mana perserta lelaki amat kurang berbanding dengan peserta wanita. Tidak ramai lelaki yang berasa kursus ini penting. Mungin. Sehingga mereka ambil tidak peduli. Kepada mereka yang terlibat dan sedang melibatkan diri dalam kursus pendidikan awal kanak-kanak, mereka mengetahui apakah keistemewaan mengikuti kursus ini. Kalau boleh dicadangkan kursus ini penting diikuti oleh mereka yang merancang untuk berkahwin atau yang baharu berkahwin untuk merancang family mereka kelak. Bukan keistemewaan kursus ini yang ingin dikongsikan pada hari ini. Di hari jadiku ini...tetapi tentang hadiahku dihari jadiku hari.

Sebelum melangkah keluar untuk memberi kuliah tentang tajuk yang dipertanggung jawabkan., aku sudah melafazkan niat didalam hati kecilku, bahawa tujuan aku keluar pada hari ini kerana Allah Taala, semoga peserta kursus ini mendapat manfaat daripada kuliahku.

Hari pertama 29hb dan kedua 30hb aku ke kolej di Shah Alam dihantar oleh suami daripada hotel. Terima kasih suamiku kerana bisa membantuku.Terima kasih tidak terhingga atas sokongan.Kalau tak kerana suamiku dan bukan izin Allah maka aku tidak bisa memberi kuliah pada hari ini.Terima kasih Allah.

Hari kedua setelah habis kursus, seorang wakil peserta Pn Hasnah Ambi, kakak Prof Amin Embi, pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM memberi sepatah dua kata mewakili kelas.

Aku amat terharu bila ada beberapa peserta datang berjumpaku mengucapkan terima kasih diatas kuliah yang telah aku sampaikan dan ada yang secara peribadi meluahkan rasa kesyukuran kerna bila mendengar kuliah pertamaku, ada yang datang berjumpa bertanya berkenaan sirah Rasulullah SAW.

"Puan, boleh saya tanya..." pinta seorang peserta non muslim, begitu berhemah sekali sebelum meneruskan pertanyaanya. "Boleh" kataku ringkas. Didalam hati mungkin ingin tanya berkenaan soalan assigment. "Saya mahu tahu..kenapa Tuhan jadikan kita? beliau meneruskan pertanyaannya. Hatiku berdebar-debar sebenarnya untuk menjawab soalan dariapda non muslim ini. Kerana aku bukannya seorang sgt pakar dalam hal agama. Takut tersalah jawab. "Oooo, sebab Tuhan mahu uji kita..." jawabku ringgkas. "Tuhan mahu uji siapakan di antara manusia yang Dia jadikan ini yang berbuat baik dan berbuat jahat.....dan siapakah diantara manusia ini dapat mencari Tuhan yang sebenar." Itulah jawaban ku kepada pertanyaan non muslim ini. Hatiku berbisik mungkin malam tadi dia mencari-cari jawapan kenapa kita dilahirkan ke dunia. "Oooo...dia anggukkan kepala.." mungkin tanda faham. "Puan Nabi Muhammad ini keturunan Nabi Adam ke? beliau bertanya lagi. " Nabi Adam manusia yang pertama dijadikan itu mengikut agama Islam, bila nabi Adam kesunyian maka Allah jadikan Hawa, iaitu isteri kepada Nabi Adam, jadi mengikut agama kita orang Islam, semua umat manusia ini tak kira siapa sahaja, you atau pun saya sendiri adalah keturunan Nabi Adam, sebab apa? sebab nabi Adam manusia pertama yang diadikan oleh Allah" dakwah le pulak aku.Ya itulah sebenarnya yang aku mahukan semoga orang non muslim faham akan Islam. Selebihnya terpulang kepada Allah. "Jadi...Nabi Muhammad juga keturunan Nabi Adam..." baharu aku menjawab soalan non Muslim itu tadi. Aku melihat dia mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali. Didalam hati kecilku bagilah taufik dan hidayah kepada dia.

Puan, malam tadi saya menanggis...sampai bengkak mata...saya tak boleh tidur..." kata seorang peserta. Namanya terpahat dihatiku. "Kenapa? aku terkejut. Dalam hati ada sesuatu ke yang telah aku lakukan hingga mengguris hati student ini. "Tak Puan... saya kenangkan kata-kata Puan...saya renuang kembali kata-kata Puan...insaf" katanya dari hati ikhlasnya. Aku dapat rasa keikhlasannya. Dalam hati aku cukup-cukup bersyukur. Ku peluk dirinya. "Kita sama-sama menjadi manusia yang terbaik.... yang selebihnya kita serahkan kepada Allah" Aku berbisik ditelinganya. Dalam hati aku berdoa semoga Allah bersamanya dan beliau istiqamah. Kerna bukan senang nak jadi manusia yang istiqamah. Aku dengan ikhlas hati berdoa untuknya semoga dia jadi guru yang ikhlas, isteri yang ikhlas, ibu yang ikhlas dan makhluk Allah yang ikhlas. Seperti mana aku inginkan diriku menjadi demikian. Amin ya Rabba Alamin. Semoga disisi kita ada Allah sentiasa.

"Puan, kita banyak sebenarnya yang tak tahu.....saya tak pernah doakan untuk suami saya secara khusus....cuma untuk sekeluarga, saya tak tau kena doa untuk suami dan juga orang lain" kata seorang studentku peserta kursusku. Aku senyum padanya, supaya kegusaran di hatinya terubat. "Saya tak tahu Puan saya berdosa.."katanya. "Saya pun Puan...saya tak tahu..." kata temannya disebelah. "Tak apa didalam Islam kalu tak tahu dimaafkan" kataku. Allah Maha Memberi Maaf."Tetapikan sekarang tahu...maka mulai sekarang doakan untuk orang lain terutama suami kita" kataku. "Tak nak ke kita bila doakan orang lain sedangkan mereka tak tahu pun kita doakannya maka keseluruhan malaikat berdoa untuk kita? tak susahkan hanya dengan patah-patah perkataan sahaja dari kita untuk orang lain untuk setiap kali solat kita membuatkan malaikat mendoakan kita" sambungku panjang lebar. Sebenarnya kata-kata itu juga untukku supaya aku sentiasa istiqamah dengan doaku itu.Tidak pernah lekang hendaknya.
"Macamana puan kalau kita kekadang berkelahi dengannya....macamana nak doa? tanya seorang peserta kursusku. Dalam hatiku berkata-kata "Kita berkelahi dengan suami dengan Allah"

"Tak boleh...kita isteri kena doakan khusus untuk suami, kalu tak dikira isteri yang derhaka" jawabku. Sebenarnya mengingatkan diri sendiri juga. Didalam hati aku bersyukur kerana aku ada sedikit asas agama sebenarnya. Aku sekolah agama. Tetapi ilmu tentang dikira derhaka seorang isteri jika tidak memohom kebaikkan untuk suaminya baharu sebenarnya aku dapat. Walaupun aku tak tahu hikmah berdoa untuk orang lain tetapi hakikatnya aku sering berdoa untuk mereka itu. Kerana aku mahu mereka jadi yang terbaik.


Aku begitu puas berada bersama-sama student2 ku di Shah Alam. Puas memberi ilmu pada mereka. Puas jika mereka mendapat manfaat.Walaupun ilmu yang sedikit ini, jadi bertambah bila dikongsi bersama. Inilah hadiah dihari jadiku aku mendapat kepuasan itu.......memberi orang lain kemanfaatan dan kebahagian......teringat kata-kata suamiku ketika aku bertanya soal kahwin dua satu ketika dahulu."Yang penting kita isteri buat baik sebaik-baiknya pada suami, suami nak kahwin lebih lagi tu takdir namanya". Sekarang aku ingin berkata-kata "Yang penting kita buat baik dengan orang...jangan persoal orang buat baik atau tidak dengan kita....sebab jika kita menilai diri orang lain orang jugak menilai kita dan Allah juga lagi...lagi menilai diri kita"

Sepanjang jalan pulang...hatiku tersenyum...puas....ada orang mendapat manafaat harapnya...sepanjang jalan aku bersyukur...amat bersyukur...disamping material aku dapat berdakwah sebenarnya...amin..maka lakukan sesuatu dengan ikhlas????

0 comments: