BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 26, 2010

Kenapa LelakiTidak Faham

"Akak, saya kasihan lah pada mak saya...."kata seorang teman seperjuanganku, ketika sama-sama kami menikmati hidangan tengahari di salah sebuah restoren di Bangi. "Kenapa?..."tanyaku ringkas sambil menyuap nasi goreng paprik campur.Menu kami hari ini sama.Nasi goreng paprik cuma aku minum apple ais, dia pulak minum air tembikai. "Yalah kak...ayah saya tu...berkira sangat...."sambungnya dan terhenti sejenak.Mungkin berfikir."Kak saya bukan nak ceritakan keburukan ayah tetapi kenapa ayah tak faham..ye..." sambung kawanku lagi. "Tak faham apa....? tanyaku untuk medapat kepastian."Yalah kak...kekadang saya terfikir kenapa ayah sanggup mengungkit tentang emak yang tak bekerja.....dia seorang yang bekerja...."sambung temanku.

"Ayah saya banyak duit kak sebulan dia dapat hampir RM12 ribu hasil sawit....tapi dia tak pernah bagi emak saya duit...mak tak pernah rasa duit ayah bagi bulan-bulan" tambah temanku lagi.Katanya cukup aku dah belikan rumah,lauk-pauk dan barang-barang keperluan...saya tak fahamlah kak...emak saya pula cakap dia bukannya apa kekadang rasa nak juga pegang sedikit duit....mungkin pemberian suami sebagai penghargaan untuk dia menjaga,membesarkan anak-anak itu aje..saya tak kisah kalau ayah tak ada duit tapi duit dia banyak kak.rasa saya dalam akaunnya ada dalam rm200 ribu....tapi untuk beli mesin basuh untuk mak pun...dia berkira....berkira kalau beli tak apa jugak.....tapi dia langsung tak simpati dengan mak yang telah tua membasuh gunakan tangan....jauh sekali empati."sayu suara temanku meneruskan bicara.Mungkin dia empati terhadap ibu kandungnya. Dalam diam aku juga turut simpati.Dia empati kepada ibunya lalu dengan empati yang lahir dari jiwa seorang anak yang baik, maka dia membeli mesin basuh untuk ibunya sebagai hadiah untuk hari ibu,kerana kebetulan ibu dan ayahnya baru berpindah dan tidak membawa perabut dan barangan daripada rumah lama.Ditinggalkan pada abangnya di kampung."Kak sebab tu lah mak saya sangat mengharapkan duit-duit daripada anak-anak...katanya bukannya apa cuma nak merasa pegang duit sendiri....tapi adik-beradik saya tidak semua beri pada duit kepada mak...terutama adik lelaki saya sampai mak mintak...saya kesihan...mak sampai cakap rm50 sebulan pun tak ape....tapi adik saya jugak beri......" dia berhenti berbicara.

Mendengar cerita daripada temanku, sebenarnya bukan cerita baharu yang pernah aku dengar.Ramai para isteri lain sebenarnya tidak mendapat penghargaan itu. Mungkin pada seorang suami cukup dia sudah menyediakan rumah dan keperluan yang sepatutnya.Itu sudah dikira nafkah.Pada pihak isteri pula dia mengharapkan sedikit penghargaan daripada seorang suami dalam bentuk material.Mungkin duit poket untuk dia simpan sebagai sakit demam bukan untuk diri sendiri tetapi mungkin untuk anak-anak dan suami sendiri di saat diperlukan.Kerana langit tidak selalunya cerah.Teringat aku kisah seorang rakan sekuliah dulu. Seorang lelaki,menceritakan kepadaku satu ketika dulu.Kawanku dahulu berduit.Tiba-tiba" jatuh".Ekonomi terjejas.Beliau menyatakan disaat dia kesempitan mujurlah ada sedikit simpanan isterinya yang tidak bekerja. Beliau bersyukur. Simpanan isterinya hasil daripada pemberian duit gaji bulanannya pada isterinya.Nah! lihatlah sebenarnya bukan bangkrap jika bersedekah pada isteri.Malah memberi hasil.

Aku bukan menyebelahi mana-mana pihak sama ada pihak suami atau isteri,tetapi banyak cerita tentang hal yang sama berlaku dalam rumah-tangga. Kakak ku sendiri pernah menanggis tentang hal yang sama...katanya dia terasa tidak dihargai....bukan apa...katanya jika boleh pegang duit sikit...bolehlah simpan...mana tau apa-apa terjadi...kot-kot suami jatuh sakit ada juga duit simpan. Kita cuma nak beringat je.Dia pegang duit langsung tak boleh simpan. Kakak juga tidak bekerja.Cuma bekerja rumah tangga,urus anak dan keluarga. Sama seperti ibu temanku.Sedih aku bila dia menyatakan kekadang teringin nak beli seluar dalam baru nak ganti yang carik pun tak boleh. Dalam dia aku bersyukur kerana aku bukan suri rumah tangga sepenuh masa.Bekerja.Sama seperti temanku.

Teringat juga kisah kawan sekuliah master dulu. Dia juga sebelum ni menghadapi masalah yang sama, sama seperti ibu temanku, sama seperti kakakku. Cuma dia sama denganku dan temanku dia bekerja. Suaminya seorang busniessman. Dapat untung niaga langsung tak pernah dikecapi. Tak tahu duit untung niaga ke mana. Nak kata disimpan tak juga. Sebab pernah pinjam duit temanku. "Kekadang terasa jugak kak, dia cerita aje dapat untung niaga...tapi saya tak pernah dapat rasa duit untung niaga dia....ye lah kak terasa juga nak rasa duit untung niaganya....jangan harap le....nasib baik saya kerja" bicaranya satu ketika dulu. Tetapi pengajaran waktu ekonomi gawat telah mengajar suami temanku ini. "Kak saya insyallah bulan 6 nanti nak gi Landon satu family!" temanku memberitahuku dengan penuh gembira. "Oooi banyak duit...."kata ku."Ye lah kak sekarang ni suami saya dah serahkan kesemua untung niaganya untuk saya simpan" beliau menjelaskan dengan begitu ceria sekali. Beliau telah diserahkan oleh suaminya untuk urus duit. suaminya mula sedar selama ini beliau banyak menghabiskan duit entah kemana-mana ketika beliau urus duit dengan sendiri. Langsung tak boleh simpan. "Suami saya terkejut bila saya tunjukkan akauan duit yang saya simpan untuk dia.Sedangkan dia sendiri tak boleh simpan duit sebanyak itu ketika dia mengurus duit sendiri..kak" "Alhamdulillah dia sudah sedar bahawa saya sebagai isterinya bukan mahu menghabiskan duitnya...tetapi menyimpan untuk masa depan keluarga...bukan seperti kawan-kawannya yang tahu mempergunakannya ketika dia berduit" beliau menghabiskan perbualan denganku pada hari aku berjumpa di UKM pada bulan April lepas. Dalam hati aku "cemburu" kerana dia dapat pergi Landon.Tetapi jauh disudut hati aku sebagai teman gembira dengan kehidupan barunya itu. Alahamdulillah....selesai sebahagian daripada masalah rumah tangganya.

Meniti masalah ini aku teringat kata-kata Ustaz penceramah tentang "Suami memimpin, isteri mengurus". Katanya"lelaki ni boros, perempuan kedekut.....sebab tulah dia boleh simpan duit....jadi kalau nak menyimpan maka serahlah urusan kewangan kepada isteri"

Wallahua'lam....sama-samalah kita renungkan.....terutamanya untuk para suami dan adik-adik lelaki......

"tetapi aku perlu belajar bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini......dengan itu lahirnya redha..... seterusnya bahagia dalam ertikata yang sebenar.....istiqamahlah hatiku Ya...Allah......Sesungguhnya aku bukan manusia terbaik...maka tak mungkin aku mengharapkan sesuatu yang lebih daripada suamiku yang cukup baik untuk ku.......namun aku cuba untuk menjadi insan terbaik.....isteri yang terbaik setakat yang mampu...tetapi aku sebagai insan lemah...insan biasa perlu kepada sokongan suami....dan yang penting dalam hidup ini ialah taufik dan hidayah daripadaMU.....kerana suamiku tak kan mungkin menjadi sama seperti suami sahabatku....suami jiranku....suami rakan seperjuanganku...suami bos ku atau suami sapa-sapa sahaja.....yang dilihat baik pada mata pandangan biasa...kerana dia adalah SUAMIku....bukan suami orang lain.....jika pada mata pandanganku dia seorang lemah.....sebenarnya pada mata pandangannya diriku lagi lemah daripada dirinya......doa untuk suamiku yang palingku sayangi.

0 comments: