BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 27, 2010

Hppi Bday to Me......Barakah ke Umurku.....

Selamat Hari Lahir Untuk Umurku......

Bersabda Rasulullah SAW : Terjemahannya:

Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tak dapat mengatasi kejahatan-nya bersiap-siaplah untuk ke Neraka.

Kini umurku sudah berumur 41 tahun ke atas, adakah aku belum lagi melakukan amal-amal soleh yang diperintahkan oleh Allah SWT?

Semua manusia lahir ke dunia dalam keadaan belum sempurna. Malah kita manusia tidak akan capai kesempurnaan kerana Allah jadikan kita "nasian" Namun sebagai manusia kita hendaklah cuba untuk menjadi yang terbaik.

Menyentuh tentang peringkat perkembangan manusia, kita mengalami lima peringkat:

1. Peringkat bayi.
2. Peringkat kanak-kanak.
3. Peringkat remaja.
4. Peringkat dewasa.
5. Peringkat tua.


Aku telah melalui peringkat 1-4.....tak lama lagi jika diizinkan Allah aku akan berada difasa terakhir perkembangan manusia.

Pada peringkat umurku sebegini seharusnya aku menghitung amal-amalan kebaikan adakah sudah cukup untuk aku jadikan bekalan "kelak". Jangan dihitung dengan musibah...kerana tujuan musibah yang diturunkan untuk hambaNya adalah sebagai ujian.Untuk menguji manusia siapakah yang paling baik amalannya.

Firman Allah:

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.(Al Insan: 1 -2)

Ya...Allah beruntunglah mereka yang dipanjangkan umurnya...yang dengan panjang umurnya digunakan untuk menambah amalannya...dan alangkah tuginya manusia yang panjang umurnya...tetapi amalan kebaikan masih kurang berbanding amalan kejahatan....

Firman-Nya lagi: Terjemahannya: Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (asal lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikirkan? (Yaasin: 68)

Ya....Maha Memberi....berikan aku sekeping hati pada usia ku yang ke 41 ini...sekeping hati yang baik....sekeping hati yang tulus ikhlas beribadah...hanya kerana Mu....kerana.....

Maksud Hadis: Di dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah manusia itu. Jika jahat, maka jahat-lah dia. Ketahuilah itu lah hati. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Ya Allah....Tuhan Yang Maha Penyayang....dalam usiaku ini jauhi aku daripada mengejar dunia lebih banyak daripada mengejar akhirat.....kerana

Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahannya: Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya, bersiap-siaplah untuk ke Neraka.

Kenapa Rasulullah berkata demikian?
Bukankah ampunan Allah dan pertolongan-Nya boleh mengatasi segala-galanya?

Jawabnya ialah kerana Rasulullah mahu memberitahu kita bahawa sifat-sifat yang baik, amal-amal soleh, akhlak yang mulia, nafsu yang jinak dan tenang, iman dan taqwa itu bukannya datang sendiri secara mengejut dan tiba-tiba.

la mesti dipelajari, dicari, diasuh, dididik, dilatih, diamalkan selalu sedari kecil lagi; barulah ia akan jadi sifat dan akhlak kita.

Ya Allah... janganlah kau jadikan diri ini insan yang tidak berusaha langsung untuk mencari kebaikan, jauhkan umurku dihabiskan untuk merancang dan melaksanakan kehendak-kehendak duniawi......mengikut nafsu dan syaitan .......

Ya Maha Aziz......jauhkan aku dalam usiaku 41 tahun ........belum mahu berusaha mengenali Allah dan taat kepadaMu......, sedangkan segala ilmu dunia dan kekayaan dunia sudah lama aku perjuangkan namun tidak jua diperolehi......berbanding mengejar diriMU

Ya Allah jauhkan aku daripada sifat tidak bersyukur.......kerana terlalu banyak nikmat yang telah Kau berikan kepadaku.....rumah besar...kenderaan yang selesa...anak-anak....pangkat....kesihatan.....rezeki.....terlalu banyak...adakah aku masih tidak bersyukur....

"Semua makhluk yang dijadikan Allah sentiasa bersyukur dan memuji-muji Allah yakni bertasbih kepada Allah...kecuali manusia yang sering kali lupa pada Yang Maha memberi"


Ya Allah yang Maha Pengasih....jauhkan aku diusiaku yang ke 41 Begitulah payahnya, orang yang sudah 40 tahun mengekalkan sifat sombong dan besar diri, untuk mujahadah menjadi tawaduk atau rendah diri.

yA aLLAH JAUHKAN AKU DARI PADA SIFAT-SIFAT BEGINI:

Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangainya, bukan senang hendak mendidik hati jadi pemurah.

Sesudah 40 tahun menjadi pemarah dan pembengis, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.

Sesudah 40 tahun berhasad dengki dengan sesama manusia, tentu tidak mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan manusia.

Sesudah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yang sabar dan redha dengan Allah.

Sesudah 40 tahun berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah harapan tipis untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut "harta saya", "kebun saya" dan "wang saya".

WalAllhualam...


0 comments: