BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 17, 2010

Buat Baik Kepada Ibu Bapa

Seperti biasa sebelum memulakan pembacaan kami di Tun Sri Lanang, UKM, saya dan kawan seperjuangan Amnah akan bertazkirah terlebih dahulu. Tazkirah ini sebenarnya tidak dirancang.Kebetulan. Asalnya, Si Amnah bertanya kepadaku tentang pendidikan anak(kebetulan aku lebih berpengalaman, sudah ada 4 anak sementara beliau baharu 2, kebetulan jua aku adalah pensyarah pendidikan awal kanak-kanak di salah sebuah maktab perguruan di Malaysia, kebetulan dia baharu 5 tahun berkahwin sementara aku dah masuk ke 14 tahun) . Sekarang sudah menjadi kebiasaan bertazkirah sebelum belajar. Tak kira sama ada saya yang mulakan ataupun dia.Topik tazkirah kami pelbagai kekadang tentang pendidikan anak, politik hari ini,peranan ulamak(kebetulan kawanku ini sedang mencari bahan-bahan tesisnya bertajuk peranan ulamak di Pahang), tanggungjawab suami dan isteri, pengurusan wang dan pelbagai lagi topik semuanya tentang diri kami sendiri. Perbincangan ini sebenarnya sekadar mengingatkan kami tentang diri sendiri. Alhamdulillah aku bertemu dengan kawan seperjuangan yang satu pemikiran.Baik. Sahabat yang baik akan memberikan kesan yang baik kepada kita. Maka carilah sahabat yang baik. Satu hari aku telah mengeluarkan topik tentang sedekah. Kami sama-sama berbincang.
"Am, akak bertambah yakin dengan konsep bersedekah dan memberi....terutama kepada orang yang terdekat dengan kita contoh ibu bapa kita" kataku kepada rakan seperjuangan yang sebenarnya baharu ku kenali, tetapi amat selesa bagiku untuk berbincang. Dia seorang pensyarah di UPNM sedang menyambung ijazah kedoktoran, sama sepertiku.Aku melihat langkah perjuangan hampir sama sepertiku. Mencari diri sendiri."Kenapa kak? tanya beliau memohon kepastian. "Bukan selama ini akak tidak yakin tetapi kurang menghayati dan melihat dengan mata hati...bukan selama ini akak tidak pernah bersedekah, bersedekah! tetapi akak tidak pernah melihat dengan mata hati kelebihan konsep tersebut" aku menjawab soalan rakan baharu itu dengan panjang lebar sekali. "Am, satu hari akak ada terbaca tentang coretan seseorang tentang nilai sedekah, di dalam blog, tentang pengalaman beliau dalam sedekah, akak menanggis kerana beliau dapat mengupas tulisan beliau dengan baik sekali tentang hikmah daripada sedekah.... pengalaman beliau sendiri, sehingga akak cuba mencari...dan akan mendapat keyakinan tersebut. " Benarlah Allah Ta’ala berfirman, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir
seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Qs.
Al Baqarah (2) : 261}" sambungku lagi.

"Apa ceritanya kak..ceritalah..." desak rakanku.

" Masa mak dan ayah akak datang ke rumah baru-baru ni, mak dan ayah datang sebab nak lihat rumah akak yang telah direnovation" aku memulakan bicara. Dia orang datang sekejap aje. Dua malam di rumah akak. Am fahamlah, akak masa diorang datang tengah agak "kering" kebetulan baharu buat renovation rumah plk, dia orang nak balik, akak masa tu ada duit dalam dompet cuma RM300 itu pun untuk belanja. Dalam bank ada le sikit untuk sakit demam. Tetapi tak sedap ati pulak jika tidak memberi....dalam hati tak ape kalu tak bagi lagipun mereka memang tak pernah sama sekali sepanjang aku keja diaorang mintak duit" tambahku. Tetapi terlintas pulak di hati aku, jikalah inilah hari terakhir aku berjumpa mereka, maka masihkah ada hari lain untuk menganti hari ini untuk aku berbakti kepada mereka dengan wang ringgit. Jika aku dapat bersedekahpun atas nama mereka berdua diketika mereka telah menjadi arwah...aku tidak sempat untuk melihat kegembiraan dihati mereka disaat aku menghulurkan sedikit wang ke tangan mereka yang telah separuh abad itu. Ketika aku aku bermonolog seorang diri.Disaat itu aku tidak fikir panjang untuk memberi terutama pada mereka telah membesarkanku sejak aku dilahirkan ke dunia. Aku pun bukan banyak sangatpun bagi diaorang duit setiap bulan. Tetapi menjadi tugas aku sebagai anak untuk memberi walaupun sedikit....supaya mereka rasa dihargai."Sebelum beri duit kepada mak dan ayah akak ada cakap ma org tak ada duit nak bagi ma" mak akak cakap tak ape dia faham. "Tapi Am, akak tak sampai hati maka akak pun bagi jugak kat mak RM200 dan ayah RM 50 je, 50 lagi untuk akak simpan" Masa tu akak bagi dengan betul-betul ikhlas rasanya. Mak akak tak nak. Akak cakap dengan dia tak ape nanti ma doakan orghe dapat lebih lagi...mana tau." Masa tu mak akak cakap" insyallah".

"Am, Allah itu benar, ajaran Islam itu benar....kita dapat melihat kebesaranNya dan kebenaran ajaranNya jika kita melihat dengan mata hati" sambungku lagi. Rasa ingin sekali aku mengalirkan air mata tak kala itu. Tapi ku tahankan perasaan itu. Rakan ku bijak meneka perasaanku. "Akak sebak Am" jawabku. Terdiam seketika. Dia pun turut terdiam. Senyap seketika. Keadaan reda. Aku memulakan bicara." Benarlah Allah menyatakan bahawa amalan yang akan DIA balas secara tunai di atas dunia ini adalah perbuatan kita kepada kedua ibu bapa dan benarlah konsep sedekah itu..." "Am nak tahu....akak bagi dengan mak dan ayah akak RM250, dua minggu selepas itu akak dapat offer buat ceramah dengan bayaran rm2000." aku menyambung bicara. Rakanku tekun mendengar. " Ketika akak mendapat offer aku terus teringat dengan pemberian akak pada mak dan ayah akak, disaat ketika akak pun perlukan duit, tetapi waktu itu mungkin kerana akak ikhlas. Maka Allah telah membalas dalam bentuk tunai. akak terus sujud syukur". aku menyambung bicara. Maha suci Allah Subhanahu Wataala.

"Am, dari pengalaman akak ini akak telah cuba kerap kali bersedekah terutama kepada mereka yang memerlukan tetapi syarat....ikhlas...jangan sekali-kali bersungut....jika bersungut...namanya itu tidak ikhlas....insyallah kita akan dapat ganjaran" aku menyambung perbualan. "Bersedekahlah kepada ke dua ibu bapa kita sebagai penghargaan kepada mereka" tambahku lagi. "Betullah kak, saya lihat ramai anak-anak yang membiarkan ibu bapa mereka, ramai anak-anak hari ini tidak menghantar atau memberikan wang kepada ibu bapa mereka,mula-mula bahagia akhir sekali runtuh, ataupun mula-mula berharta kemudian papa...tak berakah kot kak.... " rakanku menyiakan ceritaku.

Padaku ibu bapa memang tidak minta, tetapi sebagai anak kita harus pandai membalas jasa.Tahu memberikan penghargaan kepada ibu bapa kita. Kenapa kita sering risau tentang harta kita yang akan berkurangan....sedangkan Maha Pemberi Rezeki.... Allah......menjanjikan kita dengan hikmah berbuat baik kepada ibu bapa dan bersedekah......jangan risau dengan kekurangan harta yang kita miliki, jika kita bersedekah atau memberipun kepada orang tua kita, harta itu tetap akan habis....kerana kita akan tetap membelanjakannya...mungkin untuk membeli rumah baru, kereta baru, sport rim baru, baju baru, kerusi baru, alamri baru.... set tidur anak yang baru......tetapi orang tua kita yang lama itu tidak kita pedulikan. Malah tiada dalam senarai belanjawan bulanan kita. yang patut kita risau berapa lama lagi aku boleh berjasa kepada mereka, atau cukup tak balasan aku kepada jasa-jasa mereka?

Kini, sedikit penyesalan...aku menyesalkan kenapa saat kali pertama aku menerima gaji ketika aku bergelar guru. Duit gaji bulanan aku, langsung aku tidak peruntukkan untuk ibu dan ayahku.Alasan mereka tak mintak dan tidak pernah mintak!Bodoh!Aku bodoh!Aku tahu belanja sahaja.Belanja untuk diri sendiri dan kelurga aku. Jika aku menyenaraikan ibu bapaku dalam senarai pertama untuk duit gajiku....atau 10% daripada gajiku adalah untuk mereka ketika saat pertama aku menerima gaji....sudah pasti duit gajiku mungkin lebih barakah.Aku percaya!!!!dan amat percaya.Walaupun begitu Alhamdulillah aku mampu memberi kepada mereka tahun ketiga menerima gajiku. Walupun tidak banyak....kerana ketika itu bebanan hutang sudah banyak!!!!Dan aku berjanji selagi aku dan mereka masih hidup aku akan terus menabur budi kepada mereka. tanpa mereka siapalah Aku. Terima kasih Ibu dan ayah. Ibuku seorang yang penyabar danku seorang lurus hatinya.Semoga Allah memberkati mereka.Amin.

Adik-adikku.....berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa....kerana anda juga akan menjadi ibu dan bapa. Bimbang nanti disaat kita dikurniakan anak yang sama seperti kita melayan ibu bapa kita dahulu.....jiwa akan merintih....ibu....ayah....maafkan daku atas perbuatku dahulu......ampunkan aku..kini aku merasa apa yang kalian rasakan diatas perbuatan ku terhadap kalian dulu...disaat anak-anakku sudah dewasa mereka tidak memperdulikan aku lagi....maafkan aku....ibu ayah"

Wa Allahu alam.....moga aku sentiasa istiqamah

0 comments: