BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 28, 2010

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

wallahua'alam. ....

Monday, June 21, 2010

Apa Yang Duit Boleh Buat atau Tidak Boleh Buat?

Walaupun budaya kita mengatakan bahawa duit adalah jawapan kepada segala masalah kita, kita juga mendengar yang duit itu jahat: Duit adalah punca segala kejahatan. Duit menghancurkan! Mari kita lihat apa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:

“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”


Anda lihat, Duit bukanlah segalanya!

Dipetik dari laman AKPK.

Maka kita yang harus kontrol duit kita ke arah mana yg patut kita belanjakan.Jangan jadi hamba duit/nafsu....duit adalah nafsu kalau tidak dikontrol utk membelanjakannya.

Sunday, June 20, 2010

APAPABILA RASULULULLAH DATANG BERTANDANG

bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah,
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah
kita..
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia,
memeluk Baginda erat-erat, dan lantas mempersilakan
beliau masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar
Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah
kita. Baginda tentu tersenyum.....
Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di
depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa
memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita gantung diruang tamu kita,
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang
secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya diruang tamu.
Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal
lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak
mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW,
kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,
tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power
Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang
solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita
tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk
berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan
Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang
setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya
tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum Baginda masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah
kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan
beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak
Baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat
membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata
Rasulullah.....1
Mampukah kita tersenyum

KESALAHAN DALAM MENDIDIK ANAK

Saya menjadi ibu kepada yang bernama anak hampir 15 tahun, dalam usia menjadi seorang ibu perkara yang pertama yang kami suami isteri lakukan adalah dalam proses meletakkan nama.Orang yang bertanggungjawab meletakkan nama kepada anak-anak sudah tentu suamiku.Sebelum meletakkan nama beliau memastikan setiap nama anak mempunyai maksud yang baik.Nama ditulis dalam bahasa Arab terlebih dahulu, kemudian dieja dalam bahasa Melayu.Setelah meletakkan nama kepada anak kami suami isteri berusaha memanggil nama anak-anak dengan nama penuh seperti niat kami terhadap nama-nama yang telah kami ukirkan kepada anak kami.Zawin Najah (Yang Memperolehi kejayaan, Einan Nabila(Dua Mata air yang mengalir dalam syurga)Emalin Nuha (Ketinggian Ilmu/Cerdik)dan Nurin Neisa (Cahaya Kewanitaan)dan kami tidak memendekkan nama panggilan mereka seperti JaJa,Bela,Ema dan sbg, kami memanggil mereka dengan nama Najah, Einan/Nabila/Emalin/Nuha/Nurin dengan harapan panggilan kami terhadap mereka adalah doa kami terhadap mereka.Terutama saya sebagai ibu mereka. Kerana doa ibu barakah. Teringat saya satu ceramah agama tentang tips mendidik anak bermula dengan meletakkan nama (selain daripada perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika mengandung. Jadi persoalannya jika kita ibu bapa yang baik sudahkah kita menamakan atau memanggil mereka dengan panggilan yang baik..???Jika kita terlupa meletakkan nama yang baik untuk anak kita.Ini bukanlah satu perkara yang tidak boleh diubah, panggillah mereka mulai hari ini dengan satu panggilan yang baik untuk anak anda.Selamat mencuba...kerana setiap perkataan yang keluar daripada mulut ibu boleh menjadi doa. Kesimpulannya letaklah da panggillah anak-anak dengan panggilan yang baik.

Bersambung kesalahan dalam mendidik anak.....

Tuesday, June 15, 2010

Mampukan Kita Para Isteri Sehebat Wanita Ini

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma’i, melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu berkata, “Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah”.

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. “Suamiku datang,” katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut “manusia kasar”. Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma’i bertanya, “Engkau muda, cantik, dan setia. Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk”.

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma’i, “Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar.”

Doaku untuk bulan Rejab

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Aku bermohon dengan sifat Mu yang Maha Pemurah dan Penyayang maka kurniakan aku kekuatan diatas kelemahan diri ini. Kekuatan untuk menulis. Semoga dengan izinMu aku bisa meninggalkan sesuatu yang memberi manafaat untuk generasi sedia ada dan akan datang.


Kerana aku mahu memiliki apa yang pernah diberitahu Nabi Muhammad SAW kepada umatnya.Nabi junjungan kita pernah bersabda mengenai tiga amalan yang sentiasa berterusan. Sabda Rasulullah S.A.W:

" إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ. "

Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang ditinggalkannya atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannnya".

(Hadis riwayat Muslim)