BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 25, 2009

Aku ngn anak pepuan no 4 ngan 3


Adik knpa pejam mata? Kakak Nuha kesat apa plk? Mama seorg yg ready plk? Tapi tak ape nanti mama masukkan gambar yg lain plk.

Dairi ari ni....

Hri ini genap 1 bulan 25 hari suamiku kat Landon. Walaupn dia tak ada kat sini alhamdullah setakat ni, tiada apa yang terlalu memikulkan bebanan kepalaku. Mungkin sbb aku dh biasa melakukan perkara rumahtangga spt membeli barangan keperluan utk seminggu. Rutin harian aku tak berubah setiap pagi Sabtu aku akan ke pasar utk beli sayur dan lauk pauk, sesekali anak pepuan yg sulung ikut. Sesekali aku sendirian. Tp ketiadaan suamiku aku cuma tak setiap minggu ke pasar, sbb lauk tak berhabisan. Al-maklum hanya aku seorang je yg makan lauk banyak. Anak-anak asyik makan telor ngan kicap je. Hari Ahad plk aku ke Supermarket beli barangan kering bersama-sama 4 org anak gadisku yg comel-comel semuanya.

Tghari ni aku bersama tiga anak pepuan aku, Neisa, Bella dan Najah gi bawa Kimorra @Gebu jumpa doktor haiwan. Nk mtk ubat kurap. Si Nuha tak nk ikut. Rupa-rupanya nk tunggu kwn katanya nk dtg. Tp kesian kwnnya tak kunjung tiba. Ptg aku masuk arena berkebun plk. Ganti tugasan suamiku yg amat suka berkebun tanam bunga, cangkul rumput. Rupa-rupanya seronok jgk berkebun ni. Peluh pn keluar. Patut le suamiku suka sgt berkebun. Masa berkebun tiba-tiba teringat kat suami yg jauh dimata. Tapi sblm maghrib aku berhenti. Nk solt plk.

Ari ni aku bertekad nak siapkan kerja pejabat yg belum aku selesaikan. K . Jumpa lagi.

Friday, July 24, 2009

Kisah Teladan

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

KENAPA AKU DI SINI SEMELOH? OLEH: RUSLEDA AWANG,JIP

KENAPA AKU DI SINI
ENTAH........
TERPAKSA...
IKUT KAWAN........
TUGAS?
MUNGKIN

KENAPA AKU DI SINI?
AKU DI SINI
UNTUK MENGENALI
AKU DI SINI
UNTUK MEMPELAJARI
AKU DI SINI
UNTUK MEMAHMI
AKU DI SINI
MELIHAT KEBESARANMU
MAHA SUCI ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
AKU DI SINI
BELAJAR ERTI TANPA PEMBANGUNAN.....TETAPI BAHAGIA
AKU DISINI
BELAJAR MEMAHAMI ERTI KEMESRAAN
AKU DI SINI KERA
MAHU MENGERTI TENTANG ADA HIDUP LAIN SELAIN HIDUP AKU
ALHAMDULILLAH

AKU DI SINI
DAPAT BELAJAR ERTI
JIKA ENGKAU DATANG MENYAPA
KENAPA ENGKAU MEMBIARKAN DAKU
HINGGA AKU TIDAK MENGERTI
APA ITU KALIMAH?
SIAPA ITU PENGHULU?
APA ITU SUJUD?
UNTUK APA SURAU?
HIASAAN BANGUNAN?
MASYA ALLAH


JIWA TERKEDU
HATI MENANGGIS
SEMELOH DISISIHKAN
SEMELOH DITINGGALKAN
SETELAH IA DATANG
TAPI............
DITINGGALKAN OLEH ORANG YANG DATANG
KEMUDIAN MEMBIARKAN
SEMELOH TERKAPAI-KAPAI
MELAYARI BAHTERA TANPA NAKHODA
ASTHAGFIRULLAHALAZIM

AKU DISINI...DAPAT BELAJAR JIKA ENGKAU MENYAPA
SEHARUSNYA ENGKAU MEMUPUK
RASA CINTA
RASA RINDU
AGAR SAPAAN ENGKAU
TERUS MENJADI INGATAN SEPANJANG HIDUP
JANGAN DIBIAR SAPAAN ITU BERLALU
BAGAI DEBU DITIUP ANGIN
NAUZUBILLAH

JIWA MEMOHON
JENGUKLAH ORANG YANG MENYAPA
KE BUMI SEMELOH INI
AGAR KUNJUNGAN MU ITU NANTI
TIDAK KERING SUARA SEMELOH
DENGAN SUARA PANGGILAN SUJUD
AGAR SEMELOH INI
MENGERTI APA ITU KEBESARAN ISLAM
KERNA ORANG YANG MAENYAPA
DENGAN ALUNAN SUARA PANGGILAN SUJUD
MENJADI NADI UNTUK HIDUPMU DI ALAM KEKAL ABADI
INSYALLAH

BEGITU MALANG AKU SEMELOH
KERNA .......TIDAK MAMPU MENYAPA...........
KERNA MU SEMELOH
AKU HANYA BISA MENADAH TANGAN
MENGHARAP AGAR ORANG YANG MENYAPA
TERUS BERKUNJUNG
DAN BERKUNJUNG

KERNA MU SEMELOH
TERIMA KASIH KERNA MENGAJAR AKU
ERTI KEBAHAGIAN
ERTI SAPAAN
ERTI BERSYUKUR
MAHA SUCI ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
MELIHAT AKU AKAN KEBESARANMU
AMIN....

Anak Kita Anak Yatim

Saat pertama dilahirkan ke dunia, siapakah mereka yang pertama berada di sisi anak? Saat ketika sebelum ke tadika atau taman asuhan siapakah disamping anak-anak? Saat pertama sebelum ke sekolah siapakah yang membimbing anak-anak? Sudah tentu jawapannya ialah ibu dan ayah. Ibu bapa ialah insan pertama dalam hidup seseorang anak. Maka ibu bapalah seharusnya menguasai pola utama dalam pendidikan anak-anak mereka. Bukan guru, teman atau persekitaran. Pola pembentukan kelurga dan pendidikan anak-anak selalunya dikaitkan dengan pendidikan anak sejak dari dini usia lagi.

Kita sering membaca, mendengar, melihat dan menyaksikan berbagai-bagai berita atau tragedi yang berlaku pada hari ini berkaitan dengan rosaknya akhlak dan akidah anak-anak. Buang anak? Khalwat atau zina di kalangan remaja? Pembunuhan yang dilakukan anak-anak? Malah banyak lagi berita- berita yang seumpamanya yang dilakukan oleh anak-anak remaja pada hari ini yang berkaitan dengan penyelewengan akhlak dan akidah. Ibu bapa, orang tua dan guru mengeluh. Sedarkah kita semua bahawa penyelewengan ini terjadi kerana gara-gara diri kita sendiri, kegagalan diri kita sendiri sebagai ibu bapa. kealpaan kita sebagai ibu bapa untuk memperbaiki mengarah dan mendidik anak-anak.

Ibu bapa bertelanggah dalam hal mendidik anak. Si ibu ingin mendidik secara autokratik. Si bapa pula memilih cara pendidikan laissez faire atau permisif. Tapi si ayah lupa cara pendidikan itu hasilnya adalah seperti implikasinya seperti cerita ”Anakku Sazali”. Pernah tak kita ibu bapa bermesyuarat bersama berbincang tentang matlamat perkahwinan kita, matlamat kita dalam hal mendidik anak? Maka untuk mendidik anak-anak kedua ibu bapa perlulah mengambil satu cara yang disepakati, supaya matlamatnya satu iaitu untuk menghindari ahli keluarga daripada api neraka. Ibu pula janganlah hanya menyerahkan tanggungjawab mendidik semata-mata kepada bapa. Walaupun bapa merupakah ketua dalam rumah tangga. Seperti kata seorang penyair Arab yang berbunyi:

Ibu adalah sekolah, yang jika engkau telah mempersiapkannya bererti engkau telah mempersiapkan suatu bangsa yang mempunyai akar-akar yang baik.

Rasulullah juga telah menyebut tentang tanggungjawab ibu dalam hadis Riwayat Al- Bukahari dan Al-Muslim yang bermaksud, ”Seorang laki-laki itu adalah penggembala di dalam keluarganya dan ia dipertanggungjawab terhadap gembalanya itu, Dan seorang wanita itu adalah penggembala di dalam rumah suaminya dan ia bertanggng jawab terhadap gembalaanya itu...”
Di dalam sabda Rasullullah ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu membantu bapa dalam rumah tangga termasuk dalam hal mendidik anak-anak. Sabda Rasullullah ini memperlihatkan bahawa ibu hendaklah berkerjasama dengan bapa dalam hal mendidik anak-anak. Jika ibu atau bapa meremehkan hal mendidik anak-anak kerana kesibukkan diri sendiri, waktu kosong untuk diri sendiri seperti ke kedai kopi, menonton video kegemaran, melaksanakan hobi dan sebagainya, tanpa memperdulikan hal diri anak-anak. Tiada masa mendengar cerita anak, tiada masa menanya khabar kerja sekolah anak, tiada masa luang bersama anak. Maka anak-anak akan mencari tempat lain, cara lain, orang lain untuk meluahkannya. Maka lahirlah penagih dadah, mat rempit, minah rempit, bohsia dan sebagainya. Hal inilah akan lahirnya ”anak yatim” yang diibaratkat oleh seorang penyair: Bukanlah anak yatim itu anak yang kedua orang tuanya telah selesai menanggung derita hidup dan meninggalkannya sebagai anak yatim. Tetapi anak yatim itu anak yang mendapatkan seorang ibu yang membiarkannya atau seorang bapa yang sibuk. Jika diteliti ada benarnya kata-kata penyair ini, di mana anak akan menjadi yatim, seperti tiada ibu dan bapa kerana tidak mendapat pendidikan yang sempurna daripada ibu dan bapanya. Kerana ibu bapa yang mementingkan diri sendiri. Apakah yang dapat kita harapkan daripada ibu dan bapa sebegini, ibu bapa yang membiarkan dan meremehkan pendidikan anak-anak mereka sendiri, kerana mengejar kepentingan diri sendiri.

Di dalam seruan memikul tanggungjawab mendidik, Islam telah membebani bapa dan ibu suatu tanggung jawab yang sangat besar dalam hal mendidik anak dan mempersiapkan mereka dengan persiapan yang sempurna untuk menanggung beban hidup mereka. Islam telah mengancam para ibu dan bapa dengan azab yang berat, jika mereka memperlekehkan dan menyelewengkan tanggung jawab mereka. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

”Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya. kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.

Rasulullah SAW juga telah bersabda tentang peri hal mendidik ini melalui hadis Ibnu Majah yang bermaksud” Didiklah anak-anak kamu dengan pendidikan yang baik. Hadis riwayat Abdu ”rr-Razzaq dan Said bin Manshur, yang bermaksud” Ajarkanlah kebaikkan kepada anak-anak kamu dan didiklah mereka.

Melihat kepada firman Allah dan sabda Rasullulah maka lihatlah, sedarlah, para ibu bapa anak-anak hendaklah dididik dan diajar. Ibu bapa pula mengajar dan mendidik dalam perkara-perkara yang baik. Malah kita pula hanya mempunyai satu matlamat sahaja, dalam hal mendidik anak-anak iaitu menghindari ahli keluarga daripada api neraka. Jika kita bersatu matlamat, maka Insayallah tiada akan lahir generasi yang mundur akhlaknya dan akidahnya. Maka dengan itu jadilah gembala yang baik, supaya lahirnya hasil yang baik.